Connect with us

Antarabangsa

Lima wanita Korea diberi dadah, dirogol ahli masyarakat India terkenal di Australia

Balesh Dhankhar, ahli masyarakat India yang terkenal di Australia, didapati bersalah merogol lima wanita warga Korea di Sydney selepas memberikan mangsa dengan dadah.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Lima wanita Korea diberi dadah, dirogol ahli masyarakat India terkenal di Australia
Foto: Ahli masyarakat India, Balesh Dhankhar.
  • Balesh Dhankhar, ahli masyarakat India terkenal di Australia, didapati bersalah merogol lima wanita warga Korea di Sydney selepas memberikan mangsa dadah.
  • Laporan media Australia pada Isnin yang menyifatkan lelaki itu sebagai salah seorang perogol paling keji di bandar itu.
  • Juri Mahkamah Daerah di Pusat Downing Sydney, mendapati pemangsa mempunyai kaitan dengan politik memperdaya lima wanita Korea, memberikan mangsa dengan dadah dan merakamkan perbuatan keji itu.
  • Ia juga melaporkan bahawa beliau adalah bekas ketua ‘Rakan Luar Negara BJP’ di Australia. BJP adalah parti politik di India.

Melbourne: Balesh Dhankhar, ahli masyarakat India yang terkenal di Australia, didapati bersalah merogol lima wanita warga Korea di Sydney selepas memberikan mangsa dengan dadah.

Portal NDTV melaporkan, laporan media Australia pada Isnin yang menyifatkan lelaki itu sebagai salah seorang perogol paling keji di bandar itu.

Juri Mahkamah Daerah di Pusat Downing Sydney, Isnin lalu, mendapati pemangsa yang mempunyai kaitan dengan politik memperdaya lima wanita Korea, memberikan mangsa dengan dadah dan merakamkan perbuatan keji itu, lapor akhbar Sydney Morning Herald.

Ia juga melaporkan bahawa beliau adalah bekas ketua ‘Rakan Luar Negara BJP’ di Australia. BJP adalah parti politik di India.

Difahamkan, Dhankhar juga merakam perbuatannya menggunakan kamera yang disembunyikan di jam penggera di sisi katilnya dan pada telefonnya.

“Balesh Dhankhar adalah salah seorang perogol paling teruk dalam sejarah Sydney,” katanya.

Dhankhar, seorang pakar data, menangis pada Isnin ketika juri mensabitkannya bersalah untuk setiap satu daripada 39 pertuduhan terhadapnya.

Lelaki itu memohon untuk diikat jamin tetapi Hakim Michael King menolak rayuan itu sebelum Dhankhar digari dan dibawa pergi oleh pegawai.

Dhankhar akan dihadapkan di mahkamah sekali lagi pada Mei dan akan dijatuhkan hukuman akhir tahun ini.

Menurut satu laporan, Dhankar menyalahkan kesepiannya atas hubungan intim dalam perkahwinan yang tidak memuaskan.

Dhankhar menjual aset dan harta keluarganya untuk membiayai kos guamannya.

Pada 2018, polis menemui puluhan video Dhankar bersama wanita lain, tambah laporan itu.

Sumber: Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *