Connect with us

Antarabangsa

(VIDEO) Wanita India ganggu solat Aidilfitri

Seorang wanita India mengganggu solat sunat Aidilfitri di sebuah masjid di Virginia, Amerika Syarikat (AS).

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Ruszaini Ruslan

Published

on

Wanita India ganggu solat Aidilfitri
Foto: Tangkap layar video yang tular di Tiktok.

Seorang wanita India mengganggu solat sunat Aidilfitri di sebuah masjid di Virginia, Amerika Syarikat (AS).

Kejadian berlaku pada pagi hari raya di negara itu iaitu Jumaat (21 April 2023) di Masjid All Dulles Area Muslim Society (ADAMS).

Menerusi satu klip video yang tular di Tiktok, seorang wanita pertengahan umur berbangsa India berpakaian sari putih dilihat memekik dan melaungkan sesuatu kepada jemaah yang sedang bertakbir Aidilfitri di masjid itu.

Dia dilihat cuba ditenangkan dua pengawal keselamatan, namun diheret keluar setelah gagal ditenangkan.

Video viral itu meraih lebih 1.3 juta tontonan setakat ini.

Foto: Kenyataan di Facebook All Dulles Area Muslim Society (ADAMS).

Menurut kenyataan di laman Facebook rasmi ADAMS memaklumkan yang wanita itu juga seorang beragama Islam, namun mengalami masalah mental.

Pihak ADAMS telah menemui keluarga wanita itu dan menawarkan bantuan sewajarnya.

Keluarganya turut memohon maaf bagi pihak wanita tersebut di atas tindakan di luar jangkaan itu. 

Hari Raya Aidilfitri disambut masyarakat Islam di seluruh dunia menandakan berakhirnya bulan berpuasa Ramadan dan dimulakan dengan ibadah solat sunat Aidilfitri berjemaah di masjid.

Ia disambut pada tarikh berbeza mengikut negara iaitu pada 21 April bagi sesetengah negara dan 22 April bagi sesetengah negara yang lain, termasuk Malaysia. – The Merdeka Times.

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *