Connect with us

Terkini

Wanita ditemui menangis di tepi jalan dipercayai mangsa rogol

Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai merogol seorang wanita yang ditemui dalam keadaan trauma di Jalan Kamaruddin Isa, Fair Park, di sini, semalam.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Wanita ditemui menangis di tepi jalan dipercayai mangsa rogol
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai merogol seorang wanita yang ditemui dalam keadaan trauma di Jalan Kamaruddin Isa, Fair Park, di sini, semalam.
  • Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan, berkata wanita warga tempatan berumur 38 tahun itu ditemukan orang awam sedang menangis, selain mengalami luka di kaki.
  • Beliau berkata, penemuan wanita itu kemudian dilaporkan ke Balai Polis Sungai Senam sebelum sepasukan polis daripada balai terbabit bergegas ke tempat kejadian untuk memberi bantuan kepada mangsa.
  • Katanya, hasil siasatan awal mendapati mangsa dirogol di rumahnya oleh seorang lelaki tidak dikenali yang juga warga tempatan sebelum mangsa berjaya melarikan diri.

IPOH: Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai merogol seorang wanita yang ditemui dalam keadaan trauma di Jalan Kamaruddin Isa, Fair Park, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan, berkata wanita warga tempatan berumur 38 tahun itu ditemukan orang awam sedang menangis, selain mengalami luka di kaki.

Beliau berkata, penemuan wanita itu kemudian dilaporkan ke Balai Polis Sungai Senam sebelum sepasukan polis daripada balai terbabit bergegas ke tempat kejadian untuk memberi bantuan kepada mangsa.

Katanya, hasil siasatan awal mendapati mangsa dirogol di rumahnya oleh seorang lelaki tidak dikenali yang juga warga tempatan sebelum mangsa berjaya melarikan diri.

“Kecederaan di bahagian kaki mangsa akibat terjatuh dari tempat tinggi.

“Tindakan pantas pasukan polis daripada balai terbabit berjaya memberkas suspek berumur 43 tahun di rumah mangsa,” katanya.

Katanya, polis merampas beberapa barangan bersama suspek termasuk senjata seperti gunting, pisau, dan kuku kambing; manakala semakan mendapati suspek memiliki beberapa rekod jenayah narkotik lampau.

“Ujian saringan air kencing suspek mendapati dia positif dadah jenis methamphetamine.

“Polis mendapat perintah tahanan reman terhadap suspek selama tujuh hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Yahaya berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan iaitu rogol dan mangsa dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk rawatan lanjut.

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *