Connect with us

Antarabangsa

Ditembak ketika ke surau untuk imamkan solat Tarawih

Seorang sukarelawan pertahanan maut ditembak ketika dalam perjalanan ke surau di Panare, Pattani dalam insiden kira-kira pukul 8 malam (waktu tempatan) pada Selasa.

Published

on

Ditembak ketika ke surau untuk imamkan solat Tarawih
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Seorang sukarelawan pertahanan maut ditembak ketika dalam perjalanan ke surau di Panare, Pattani dalam insiden kira-kira pukul pada Selasa.
  • Mangsa dalam perjalanan ke surau untuk mengimamkan solat Tarawih.
  • “Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan penembak telah merampas pistol mangsa dan melepaskan tembakan pada bahagian kepala mangsa. Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian”. – Ketua Polis Daerah Panare Pol. Kol. Chaiwat Panboonthong.

Pattani: Seorang sukarelawan pertahanan maut ditembak ketika dalam perjalanan ke surau di Panare, Pattani dalam insiden kira-kira pukul 8 malam (waktu tempatan) pada Selasa.

Mangsa yang berusia 41 tahun itu dalam perjalanan ke surau untuk mengimamkan solat Tarawih.

Ketua Polis Daerah Panare Pol. Kol. Chaiwat Panboonthong berkata, mangsa ditembak kira-kira 200 meter dari masjid oleh dua lelaki menaiki motosikal.

“Menurut saksi, mangsa ditembak jarak dekat selepas azan tamat.

“Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan penembak telah merampas pistol mangsa dan melepaskan tembakan pada bahagian kepala mangsa. Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya pada satu sidang media di sini, semalam.

Beliau menambah bahawa terdapat 10 kesan tembakan di bahagian badan dan kepala mangsa.

Polis masih menyiasat motif kejadian, katanya.

Sumber: Harian Metro

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author