Connect with us

Terkini

Isu harga tiket penerbangan: Anthony Loke minta Ka Siong fahami kenyataan

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke meminta Ahli Parlimen Ayer Hitam, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong memahami kenyataan yang dikeluarkan oleh pihaknya supaya tidak lagi keliru berkaitan isu harga tiket penerbangan.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Isu harga tiket penerbangan: Anthony Loke minta Ka Siong fahami kenyataan
Foto: Datuk Seri Dr Wee Ka Siong (kiri) dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke (kanan).
  • Menteri Pengangkutan, Anthony Loke meminta Ahli Parlimen Ayer Hitam, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong memahami kenyataan yang dikeluarkan oleh pihaknya supaya tidak lagi keliru berkaitan isu harga tiket penerbangan. 
  • Beliau memaklumkan sudah menjawab persoalan dikemukakan Ka Siong termasuk pengamal media yang bertanyakan mengenai harga tiket penerbangan dari Kuala Lumpur ke Tawau, Sabah yang didakwa meningkat melebihi RM1,000.
  • “Saya rasa dia tak ikuti apa yang saya dah jawab. Saya dah jawab beberapa kali dah. Seawal bulan Mac kita dah lancarkan kadar tambang tetap oleh AirAsia dan untuk makluman beliau saya mengadakan sidang media setiap hari. Bukan saja Ka Siong tanya, rakan-rakan wartawan juga tanya berkenaan dengan tiket kapal terbang.
  • “Jadi kapasiti memang telah bertambah dan juga penjualan tiket kapal terbang dan sudah tentu 18 hingga 20 adalah peak period yang kebanyakan tiket sudah dijual,” katanya selepas melawat Terminal Bas Bersepadu (TBS) sempena Aidilfitri pada Rabu.

KUALA LUMPUR: Menteri Pengangkutan, Anthony Loke meminta Ahli Parlimen Ayer Hitam, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong memahami kenyataan yang dikeluarkan oleh pihaknya supaya tidak lagi keliru berkaitan isu harga tiket penerbangan.

Beliau memaklumkan sudah menjawab persoalan dikemukakan Ka Siong termasuk pengamal media yang bertanyakan mengenai harga tiket penerbangan dari Kuala Lumpur ke Tawau, Sabah yang didakwa meningkat melebihi RM1,000.

“Saya rasa dia tak ikuti apa yang saya dah jawab. Saya dah jawab beberapa kali dah. Seawal bulan Mac kita dah lancarkan kadar tambang tetap oleh AirAsia dan untuk makluman beliau saya mengadakan sidang media setiap hari. Bukan saja Ka Siong tanya, rakan-rakan wartawan juga tanya berkenaan dengan tiket kapal terbang.

“Jadi kapasiti memang telah bertambah dan juga penjualan tiket kapal terbang dan sudah tentu 18 hingga 20 adalah peak period yang kebanyakan tiket sudah dijual.

“Lebih awal sampai ke minggu terakhir bulan Ramadan. Sebab orang ramai menyahut saranan dari beliau. Sebab Ka siong dulu minta orang beli lebih awal. Adakah dia sudah lupa nasihat dari dia dulu?,” soalnya lagi selepas mengadakan lawatan kerja di Terminal Bas Bersepadu (TBS) sempena Aidilfitri, pada Rabu.

Sebelum ini, Ka Siong yang juga bekas Menteri Pengangkutan menyifatkan Loke tidak menjawab soalan sama ada kementerian itu mampu menurunkan kadar tiket penerbangan dari Kuala Lumpur ke Tawau di bawah RM1,000 serta menambah kapasiti tempat duduk bagi menampung permintaan ketika musim perayaan.

Sumber: Astro Awani

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *