Connect with us

Terkini

“Berhenti salahkan mana-mana pihak, ambil pendekatan patriotik untuk selesaikan isu tuntutan Sulu” – Ahli Parlimen Pasir Gudang

Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berkata, tuntutan waris kesultanan Sulu perlu diambil serius kerana perkara tersebut adalah ancaman dan ugutan yang nyata serta bukan diada-adakan dan kini sudah menjadi isu global.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

pasir gudang - hassan abdul karim
Foto: Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim.
  • Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim menyeru semua parti politik untuk berhenti daripada saling menyalahkan sesama sendiri.
  • Pendekatan patriotik perlu diambil demi kedaulatan negara dengan melibatkan semua pihak yang bersatu hati.
  • Tindakan saling menyalahkan tidak akan membantu usaha Malaysia mencabar keputusan timbang tara di Mahkamah Perancis.

JOHOR BAHRU – Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berkata, tuntutan waris kesultanan Sulu perlu diambil serius kerana perkara tersebut adalah ancaman dan ugutan yang nyata serta bukan diada-adakan dan kini sudah menjadi isu global.

“Malaysia boleh bankrap jika waris Kesultanan Sulu berjaya perolehi tuntutan sebanyak AS$14.92 bilion atau RM62.59 bilion.

“Kedaulatan Malaysia sekarang sudah jadi buah mulut dan dijaja di tribunal timbang tara dan mahkamah antarabangsa di Eropah. Isu ini sekarang bukan isu meriam, senapang dan peluru. Ia kini sudah jadi isu perundangan antarabangsa,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Hassan menegaskan, Malaysia tidak boleh mengambil pendekatan politik sempit untuk faedah domestik apabila berdepan ancaman kedaulatan wilayah dari musuh yang berada di luar negara.

Sebaliknya kata beliau, Malaysia perlu mengambil pendekatan patriotik demi kedaulatan negara dengan melibatkan semua pihak bersatu hati tanpa mengira fahaman politik sama ada Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) atau Pakatan Harapan (PH).

“Mereka tidak boleh kata ini kesalahan kerajaan PH yang lalu. Begitu juga bekas-bekas Perdana Menteri dan menteri-menteri PH tidak boleh melepaskan tanggungjawab mereka dan berkata hal ini bukan salah mereka tetapi ini kecuaian bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan kerajaan BN terdahulu,” katanya lagi.

Menurutnya, usaha menyalahkan kecuaian dan tindakan Najib dalam isu tuntutan waris Kesultanan Sulu boleh dibuat tetapi itu hanya untuk mendapat keuntungan politik semasa bagi faedah sementara terutama menjelang pilihan raya umum akan datang.

Jelas beliau, tindakan itu tidak membantu usaha Malaysia mencabar keputusan tribunal timbang tara di Mahkamah Perancis, termasuk golongan anti PH yang berusaha menyalahkan Peguam Negara, Tommy Thomas semasa pentadbiran kerajaan PH kerana mengirim surat kepada peguam waris Kesultanan Sulu, sekali gus turut disifatkan sebagai tindakan bermotifkan politik.

Sumber: Sinar Harian

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *