Connect with us

Antarabangsa

Risiko keselamatan ke atas kakitangan, Penjenayah transgender dipindahkan dari penjara wanita

Seorang banduan lelaki transgender yang dianggap berbahaya terhadap keselamatan dijadual dipindahkan dari penjaranya selepas pegawai menyatakan kebimbangan dia berisiko menyerang kakitangan.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Risiko keselamatan ke atas kakitangan, Penjenayah transgender dipindahkan dari penjara wanita
Foto: Banduan lelaki transgender, Gabrielle Alejandro Gentile atau dikenali sebagai Barbie Kardashian.
  • Seorang banduan lelaki transgender yang dianggap berbahaya terhadap keselamatan dijadual dipindahkan dari penjaranya selepas pegawai menyatakan kebimbangan dia berisiko menyerang kakitangan.
  • Gabrielle Alejandro Gentile yang mengubah jantina dan menggunakan nama Barbie Kardashian, 21, dijatuhkan hukuman penjara lima tahun setengah pada bulan lalu kerana mengugut untuk menyeksa, merogol dan membunuh ibunya sendiri.
  • Hukuman itu dikenakan selepas dia didapati bersalah atas tuduhan tersebut semasa perbicaraan pada Mei 2022, bagaimanapun dia menimbulkan kekecohan selepas diketahui akan ditempatkan di bahagian wanita di Penjara Limerick.
  • Semasa dalam penjagaan, Kardashian mempamerkan tingkah laku “seksual” dan ganas terhadap kakitangan wanita.

Seorang banduan lelaki transgender yang dianggap berbahaya terhadap keselamatan dijadual dipindahkan dari penjaranya selepas pegawai menyatakan kebimbangan dia berisiko menyerang kakitangan.

Gabrielle Alejandro Gentile yang mengubah jantina dan menggunakan nama Barbie Kardashian, 21, dijatuhkan hukuman penjara lima tahun setengah pada bulan lalu kerana mengugut untuk menyeksa, merogol dan membunuh ibunya sendiri.

Hukuman itu dikenakan selepas dia didapati bersalah atas tuduhan tersebut semasa perbicaraan pada Mei 2022, bagaimanapun dia menimbulkan kekecohan selepas diketahui akan ditempatkan di bahagian wanita di Penjara Limerick. 

Dia diiktiraf secara sah sebagai “wanita” selepas menukar jantina dan namanya didokumenkan pada tahun 2020.

Menurut Sunday Mirror, Kardashian kini dijadualkan berpindah dari penjara itu dengan pegawai menyatakan dia adalah ancaman keselamatan yang tinggi dan ciri-ciri keganasannya  menjadi risiko kepada kakitangan.

Walaupun Kardashian kini berada dalam sayap wanita, dia tetap diasingkan daripada populasi umum kerana sejarahnya yang sangat ganas, termasuk kecenderungan menyasarkan wanita, malah dia dipercayai perlu ditahan secara berasingan kerana tidak dibenarkan bergaul dengan banduan lain.

Reduxx sebelum ini melaporkan, Kardashian mempunyai 15 sabitan kesalahan keganasan termasuk serangan seksual, fizikal dan ancaman membunuh hinggakan beberapa pegawai tertinggi keadilan, termasuk Detektif Garda Niall Fitzgerald dari Stesen Roxboro Garda dan Gardaí, menyimpulkan Kardashian amat merbahaya.

Semasa kanak-kanak, Kardashian menjadi mangsa penderaan berterusan di tangan bapanya, yang juga melakukan penderaan keji terhadap ibunya. Bapanya menghalang ibunya daripada menyusu atau memeluknya apabila dia menangis dan mendera dia secara fizikal dan emosi sepanjang zaman kanak-kanak, di mana akhirnya lelaki itu mendorong anaknya untuk menyertai penderaan ibunya.

Semasa dalam penjagaan, Kardashian mempamerkan tingkah laku “seksual” dan ganas terhadap kakitangan wanita.

Menurut dokumen mahkamah dari 2018, pada usia 13 tahun, Kardashian menyerang pemandu wanita yang membawanya dari mahkamah selepas hadir dalam waran bench. 

Tanpa amaran, Kardashian menarik wanita itu dari tempat duduk belakang, mengoyakkan kelopak matanya dan mencabut gumpalan rambutnya serta kemudiannya menyatakan kekecewaan kerana dia tidak dapat menimbulkan lebih banyak kerosakan.

Sumber : Reduxx

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *