Connect with us

Antarabangsa

Dipaksa tanggal tudung, wanita muslim Austria dapat ganti rugi RM9728

Seorang wanita muslim yang dipaksa menanggalkan tudungnya semasa proses permohonan untuk menjadi guru tadika lalu menyebabkan dia tidak mendapat jawatan tersebut diberikan ganti rugi €2,000 (RM9,728) di Austria.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Dipaksa tanggal tudung, wanita muslim Austria dapat ganti rugi RM9728
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Seorang wanita muslim yang dipaksa menanggalkan tudungnya semasa proses permohonan menjadi guru tadika lalu menyebabkan dia tidak mendapat jawatan tersebut diberikan ganti rugi €2,000 (RM9,728) di Austria.
  • Keputusan itu disahkan Persatuan Litigasi selaku wakil wanita terbabit, selepas Mahkamah Wilayah Vienna untuk Perkara Sivil mengumumkan penghakiman pada Isnin.
  • Menurut Persatuan Litigasi, mahkamah mendapati tindakan itu sebagai diskriminasi atas dasar jantina dan agama di bawah Akta Layanan Persamaan Austria (GIGB).
  • Katanya, mahkamah juga menjelaskan bahawa akses kepada latihan juga dilindungi di bawah perlindungan diskriminasi, bukan hanya penyediaan latihan itu sendiri. 

VIENNA – Seorang wanita muslim yang dipaksa menanggalkan tudungnya semasa proses permohonan untuk menjadi guru tadika lalu menyebabkan dia tidak mendapat jawatan tersebut diberikan ganti rugi €2,000 (RM9,728) di Austria.

Keputusan itu disahkan Persatuan Litigasi selaku wakil wanita terbabit, selepas Mahkamah Wilayah Vienna untuk Perkara Sivil mengumumkan penghakiman pada Isnin.

Penghakiman itu disahkan di sisi undang-undang negara berkenaan.

Menurut penghakiman, wanita berusia 19 tahun itu telah menimba pengalaman sebagai pembantu tadika dan ingin mendapatkan kelayakan serta melengkapkan latihan sebagai penyelia kumpulan kanak-kanak dengan pengusaha warga Vienna.

Ketika proses permohonan, dia berulang kali ditanya mengenai tudungnya secara diskriminasi, selain didesak supaya menanggalkannya.

Menurut Persatuan Litigasi, mahkamah mendapati tindakan itu sebagai diskriminasi atas dasar jantina dan agama di bawah Akta Layanan Persamaan Austria (GIGB).

“Soalan bertubi-tubi dan menganggu berkait dengan tudung tidak mempunyai tempat dalam proses permohonan kerja.

“Mahkamah boleh menjelaskan bahawa ia adalah satu bentuk diskriminasi yang dilarang berdasarkan jantina dan agama,” kata Ketua Penguatkuasaan Undang-Undang untuk Persatuan Litigasi, Theresa Hammer.

Katanya, mahkamah juga menjelaskan bahawa akses kepada latihan juga dilindungi di bawah perlindungan diskriminasi, bukan hanya penyediaan latihan itu sendiri. – Agensi

Sumber: Ismaweb

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *