Connect with us

Antarabangsa

Pelampau Hindu bakar sekolah Islam, al-Quran semasa perayaan Ram Navami

Sekumpulan nasionalis Hindu sayap kanan membakar sebuah sekolah Islam berusia berabad lamanya semasa perayaan Hindu Ram Navami dalam insiden 31 Mac lalu di bandar timur laut Bihar Sharif.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Pelampau Hindu bakar sekolah Islam, al-Quran semasa perayaan Ram Navami
Foto: Sekolah islam yang dibakar di bandar timur laut Bihar Sharif.
  • Sekumpulan nasionalis Hindu sayap kanan membakar sebuah sekolah Islam berusia berabad lamanya semasa perayaan Hindu Ram Navami dalam insiden 31 Mac lalu di bandar timur laut Bihar Sharif.
  • Menerusi beberapa hantaran berbentuk poster di Instagram, Ajplus berkata kumpulan itu turut memusnahkan hampir 5,000 buku, termasuk al-Quran, teks Islam tulisan tangan dan dokumen sejarah.
  • Kira-kira 1,000 lelaki bersenjatakan kayu dan bom molotov merosakkan sekolah itu dan membakarnya serta turut menyerang masjid berhampiran.
  • Sejak Narendra Modi menjadi Perdana Menteri pada 2014, umat Islam India didapati berdepan peningkatan serangan daripada nasionalis Hindu.

Sekumpulan nasionalis Hindu sayap kanan membakar sebuah sekolah Islam berusia berabad lamanya semasa perayaan Hindu Ram Navami dalam insiden 31 Mac lalu di bandar timur laut Bihar Sharif.

Menerusi beberapa hantaran berbentuk poster di Instagram, Ajplus berkata kumpulan itu turut memusnahkan hampir 5,000 buku, termasuk al-Quran, teks Islam tulisan tangan dan dokumen sejarah.

Memetik kenyataan penduduk, Ajplus melaporkan kira-kira 1,000 lelaki bersenjatakan kayu dan bom molotov merosakkan sekolah itu dan membakarnya serta turut menyerang masjid berhampiran.

Seorang iman dan pengetua sekolah terbabit berkata polis tiba beberapa jam selepas serangan bermula.

Beberapa balai polis sememangnya ada di kawasan terbabit.

Sejak Narendra Modi menjadi Perdana Menteri pada 2014, umat Islam di India menghadapi peningkatan serangan daripada nasionalis Hindu.

“Perayaan Hindu di India semakin digunakan oleh Parti Bharatiya Janata (BJP) majoriti Hindu yang memerintah untuk mengumpulkan pengundi, membawa peningkatan keganasan.

“Kumpulan ini dikuatkan naungan politik yang memberikan mereka kebebasan daripada dikenakan hukuman,” kata pemerhati hak asasi manusia.

Terdapat perarakan diadakan semasa sambutan Ram Navami di mana kumpulan pelampau Hindu melalui kawasan kejiranan majoriti Muslim di seluruh India dengan membawa senjata, melaungkan slogan anti-Muslim dan menyerang kedai, rumah dan bangunan keagamaan milik individu Islam.

Seruan memboikot ekonomi dan pembunuhan beramai-ramai ke atas umat Islam semakin memburuk di seluruh India apabila kumpulan sayap kanan mendapat sokongan dengan menyebarkan teori konspirasi anti-Muslim yang tidak terbukti sahih, katanya.

BJP yang memerintah India menerima pakai undang-undang dan dasar diskriminasi menyasarkan minoriti agama, termasuk Muslim, Sikh dan Kristian.

Di beberapa negeri, pihak berkuasa merobohkan rumah dan perniagaan individu Islam tanpa kebenaran undang-undang dan menyebat lelaki Islam secara terbuka.

Sumber: Instagram Ajplus

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *