Antarabangsa
Pakistan beri amaran serang tempat persembunyian militan anti-negara itu di Afghanistan
Pakistan memberi amaran untuk menyerang tempat persembunyian militan anti-Pakistan di Afghanistan sekiranya Taliban tidak mampu mengekang militan itu.
- Pakistan memberi amaran untuk menyerang tempat persembunyian militan anti-Pakistan di Afghanistan sekiranya Taliban tidak mampu mengekang militan itu.
- Menteri Pertahanan Pakistan, Khawaja Asif berkata, pihaknya telah mengingatkan pemimpin Taliban ketika lawatan ke negara itu hujung Februari lalu supaya mematuhi komitmen keselamatan rentas sempadan daripada menggunakan kawasan Afghanistan untuk melakukan serangan ke atas Islamabad.
- “Sekiranya itu tidak dilakukan kita perlu mengambil tindakan tegas terhadap pengganas yang berlindung di bumi Afghanistan.
- “Kami perlu bertindak kerana tidak boleh bertolak ansur dengan keadaan ini untuk jangka masa yang lama,” katanya.
- Sejak Taliban mengambil alih pentadbiran di Kabul pada Ogos 2021, Pakistan menyaksikan kebangkitan semula dalam serangan pengganas diketuai Tehreek-e-Taliban Pakistan atau TTP.
ISLAMABAD – Pakistan memberi amaran untuk menyerang tempat persembunyian militan anti-Pakistan di Afghanistan sekiranya Taliban tidak mampu mengekang militan itu.
Menteri Pertahanan Pakistan, Khawaja Asif dalam temu bual eksklusif bersama Voice of America berkata, pihaknya telah mengingatkan pemimpin Taliban ketika lawatan ke negara itu hujung Februari lalu supaya mematuhi komitmen keselamatan rentas sempadan daripada menggunakan kawasan Afghanistan untuk melakukan serangan ke atas Islamabad.
“Sekiranya itu tidak dilakukan kita perlu mengambil tindakan tegas terhadap pengganas yang berlindung di bumi Afghanistan.
“Kami perlu bertindak kerana tidak boleh bertolak ansur dengan keadaan ini untuk jangka masa yang lama,” katanya.
Sejak Taliban mengambil alih pentadbiran di Kabul pada Ogos 2021, Pakistan menyaksikan kebangkitan semula dalam serangan pengganas yang diketuai Tehreek-e-Taliban Pakistan atau TTP.
Menurut Institut Kajian Keamanan Pakistan yang berpangkalan Islamabad, negara itu merekodkan 262 serangan pengganas tahun lalu dan dipercayai daripada TTP.
Malah, sebanyak 89 serangan berlaku sejak November lalu selepas kumpulan berkenaan gagal menamatkan gencatan senjata unilateral susulan rundingan dengan Islamabad gagal.
Sejak itu, negara itu menyaksikan serangan maut hampir setiap hari, kebanyakannya menyasarkan anggota tentera dan polis.
Sumber: Ismaweb