Antarabangsa
China upah perisik halang etnik Uyghur berpuasa
Polis China mengupah perisik bagi memastikan etnik muslim Uyghur tidak menjalani ibadah puasa sepanjang Ramadan tahun ini.
- Polis China mengupah perisik memastikan etnik muslim Uyghur tidak menjalani ibadah puasa sepanjang Ramadan tahun ini.
- Perisik terdiri daripada orang awam akan menjadi telinga kepada pihak berkuasa.
- “Kami mempunyai ramai ejen rahsia,” – pegawai polis dari kawasan Turpan di Xinjiang.
- Sejak 2017, China mengharamkan umat Islam di Xinjiang berpuasa dan menahan etnik Uyghur sesuka hati dalam usaha mengurangkan budaya, bahasa dan agama mereka.
XINJIANG – Polis China mengupah perisik bagi memastikan etnik muslim Uyghur tidak menjalani ibadah puasa sepanjang Ramadan tahun ini.
Perisik yang terdiri daripada orang awam akan menjadi ‘telinga’ kepada pihak berkuasa, kata seorang pegawai polis dari kawasan Turpan di Xinjiang.
“Kami mempunyai ramai ejen rahsia,” katanya sambil menjelaskan perisik terdiri daripada orang awam, anggota polis dan jawatankuasa kejiranan.
Sejak 2017, China mengharamkan umat Islam di Xinjiang berpuasa dan menahan etnik Uyghur sesuka hati dalam usaha mengurangkan budaya, bahasa dan agama mereka.
Bagaimanapun, sekatan dilonggarkan pada 2021 dan 2022 dengan membenarkan warga emas yang berusia 65 tahun ke atas berpuasa.
Malah, polis juga mengurangkan aktiviti menggeledah di kediaman penduduk Islam kononnya untuk mencari individu yang berpuasa.
Bagaimanapun tahun ini, kerajaan China melarang semua berpuasa tanpa mengira umur, jantina atau profesion, kata seorang pegawai politik di bali Polis Turpan.
“Tiada sesiapa dibenarkan berpuasa pada Ramadan tahun ini yang bermula 22 Mac lalu,” luahnya yang kecewa.
Pada minggu pertama Ramadan, 56 etnik Uyghur dan bekas tahanan disoal siasat selepas mendakwa kumpulan berkenaan melanggar peraturan kerana berpuasa.
Sumber: Ismaweb