Connect with us

Terkini

Khuatir tingkat beban hutang, Pencarum KWSP tidak minat mohon FSA2

Rata-rata pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tidak berminat memohon pinjaman bank menerusi Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) yang dikhuatiri meningkatkan beban hutang mereka.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Khuatir tingkat beban hutang, Pencarum KWSP tidak minat mohon FSA2
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Rata-rata pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tidak berminat memohon pinjaman bank menerusi Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) yang dikhuatiri meningkatkan beban hutang mereka.
  • “Bagaimana ia dilihat mahu membantu rakyat sekiranya ia menambah komitmen bulanan kewangan kami, diharap pihak berkaitan dapat menjelaskan kaedah FSA2 ini dengan lebih baik,” kata pencarum KWSP, Taufik Abdullah, 34, kepada Harian Metro.
  • Kakitangan swasta, Khalid Ramli, 43, pula berkata dia tidak berminat untuk memohon FSA2 yang dilihat tidak membantu menyelesaikan masalah kewangannya.
  • KWSP dalam kenyataan memaklumkan FSA2 akan dijalankan dalam dua fasa dan ahli yang memenuhi kriteria kelayakan boleh memohon melalui bank yang mengambil bahagian iaitu MBSB Bank dan Bank Simpanan Nasional (BSN).

Kuala Lumpur: Rata-rata pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tidak berminat memohon pinjaman bank menerusi Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) yang dikhuatiri meningkatkan beban hutang mereka.

Tinjauan Harian Metro mendapati kebanyakan pencarum berpendapat kaedah itu akan menambah komitmen bulanan mereka.

Pencarum KWSP, Taufik Abdullah, 34, berkata, dia masih samar-samar dengan kaedah itu yang dilihat bukan untuk membantu meringankan beban rakyat.

“Bagaimana ia dilihat mahu membantu rakyat sekiranya ia menambah komitmen bulanan kewangan kami, diharap pihak berkaitan dapat menjelaskan kaedah FSA2 ini dengan lebih baik.

“Kami ingatkan KWSP boleh selesaikan isu bayar hutang, tetapi kaedah ini lagi menambah hutang, justeru saya tidak berminat untuk ambil,” katanya kepada Harian Metro.

Dilaporkan pencarum KWSP berusia 40 tahun dan ke atas yang mempunyai baki minimum RM3,000 dalam Akaun 2 masing-masing layak membuat pinjaman bank menerusi FSA2 bermula hari ini.

KWSP dalam kenyataan memaklumkan FSA2 akan dijalankan dalam dua fasa dan ahli yang memenuhi kriteria kelayakan boleh memohon melalui bank yang mengambil bahagian iaitu MBSB Bank dan Bank Simpanan Nasional (BSN).

Kadar faedah (Konvensional) atau kadar keuntungan (Islamik) yang akan dikenakan oleh bank yang mengambil bahagian di bawah program ini adalah antara 4 peratus hingga 5 peratus lebih rendah dan lebih berpatutan daripada kadar pasaran semasa iaitu 8 peratus hingga 15 peratus.

Bagi kakitangan swasta ini, Khalid Ramli, 43, berkata, dia tidak berminat untuk memohon FSA2 yang dilihat tidak membantu menyelesaikan masalah kewangannya.

“Skim pinjaman bercagar KWSP ini kurang berkesan bantu kami kerana ia tidak memenuhi keperluan untuk mendapat akses kecemasan kepada dana.

“Selain itu, ia tidak akan memberi manfaat kepada golongan yang paling memerlukan bantuan kewangan kerana kekangan skim ini, jadi saya tidak berminat untuk memohon,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Author