Connect with us

Antarabangsa

Presiden Uganda gesa Afrika ‘selamatkan dunia’ daripada LGBTQ

Presiden Uganda, Yoweri Museveni telah membuat pengisytiharan bahawa benua Afrika seharusnya menjadi contoh dalam “menyelamatkan dunia” daripada homoseksualiti.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Presiden Uganda gesa Afrika 'selamatkan dunia' daripada LGBTQ
Foto: Presiden Uganda, Yoweri Museveni.
  • Presiden Uganda, Yoweri Museveni membuat pengisytiharan bahawa benua Afrika seharusnya menjadi contoh dalam menyelamatkan dunia daripada homoseksualiti.
  • Beliau membuat pengisytiharan sedemikian sewaktu persediaan menandatangani undang-undang anti-LGBTQ diluluskan di Parlimen negara tersebut pada bulan lalu.
  • Bil undang-undang itu mengenakan hukuman mati bagi kesalahan seks sesama jenis yang teruk dan hukuman penjara seumur hidup bagi kesalahan merekrut, mempromosikan serta memberi dana bagi aktiviti-aktiviti seks sesama jenis di Uganda.

UGANDA – Presiden Uganda, Yoweri Museveni telah membuat pengisytiharan bahawa benua Afrika seharusnya menjadi contoh dalam “menyelamatkan dunia” daripada homoseksualiti.

Beliau membuat pengisytiharan sedemikian sewaktu dalam persediaan untuk menandatangani undang-undang anti-LGBTQ yang telah diluluskan di parlimen negara tersebut pada bulan lalu.

Bil undang-undang tersebut mengenakan hukuman mati bagi kesalahan “seks sesama jenis yang teruk” dan hukuman penjara seumur hidup bagi kesalahan “merekrut, mempromosikan serta memberi dana” bagi aktiviti-aktiviti seks sesama jenis di Uganda.

Bil tersebut telah disifatkan oleh Amnesty International sebagai “menggerunkan” serta “menggunakan perkataan yang samar-samar”, manakala pesuruhjaya tinggi bagi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pula menyeru agar Presiden Uganda itu tidak menandatangani bil tersebut.

Namun pada Ahad lalu Museveni telah menegaskan bahawa seks sesama jenis adalah satu bentuk ancaman yang besar terhadap kemanusiaan.

Penegasan tersebut dibuat sewaktu di dalam program Inter-Parliamentary Conference on Family Values and Sovereignty yang berlangsung di Entebbe.

Presiden itu juga turut menyatakan kepada khalayak awam yang menghadiri persidangan tersebut mengenai janji beliau di mana tidak akan ada sebarang pendidikan seksualiti yang menyeluruh di Uganda. Beliau juga mengatakan bahawa “kanak-kanak perlu membesar sebagai kanak-kanak”.

Sumber: Samudera

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *