Connect with us

Terkini

Masjid, surau di Johor bebas agenda politik

Masjid dan surau di negeri ini bebas daripada agenda politik selepas semua pemimpin parti kerajaan atau pengimbang kerajaan dilihat mematuhi garis panduan larangan berpolitik di masjid dan surau yang dikeluarkan Majlis Agama Islam Negeri Johor (Mainj).

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Masjid, surau di Johor bebas agenda politik
Foto: Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Mohd Fared Mohd Khalid.
  • Masjid dan surau di negeri ini bebas daripada agenda politik selepas semua pemimpin parti kerajaan atau pengimbang kerajaan dilihat mematuhi garis panduan larangan berpolitik di masjid dan surau yang dikeluarkan Majlis Agama Islam Negeri Johor (Mainj).
  • Bukan sahaja pemimpin politik, malah mana-mana tenaga pengajar diberikan tauliah mengajar agama di negeri ini juga dilihat menghormati garis panduan dikeluarkan selepas Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menitahkan larangan berkenaan. – Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Mohd Fared Mohd Khalid 
  • Beliau berkata, pihaknya yakin bahawa semua masjid dan surau atau pendidikan serta ilmu keagamaan di negeri ini 100 peratus diajar atas dasar ilmu agama mengikut aliran Ahli Sunnah Wal Jamaah semata-mata dan tidak ada dicampur unsur-unsur politik.
  • “Tenaga pengajar yang dapat tauliah juga, kita tahu mereka ada pegangan politik masing-masing, tetapi sebaik sahaja Sultan Johor menitahkan larangan itu dan garis panduan dikeluarkan, mereka menghormatinya dengan baik,” katanya ketika sidang media selepas menyempurnakan Majlis Khatam Hafazan al-Quran Sesi 2023 di Koleh Pengajian Islam Johor (Marsah).

Johor Bahru: Masjid dan surau di negeri ini bebas daripada agenda politik selepas semua pemimpin parti kerajaan atau pengimbang kerajaan dilihat mematuhi garis panduan larangan berpolitik di masjid dan surau yang dikeluarkan Majlis Agama Islam Negeri Johor (Mainj).

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, bukan sahaja pemimpin politik, malah mana-mana tenaga pengajar yang diberikan tauliah mengajar agama di negeri ini juga dilihat menghormati garis panduan yang dikeluarkan selepas Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menitahkan larangan berkenaan.

Beliau berkata, pihaknya yakin bahawa semua masjid dan surau atau pendidikan serta ilmu keagamaan di negeri ini 100 peratus diajar atas dasar ilmu agama mengikut aliran Ahli Sunnah Wal Jamaah semata-mata dan tidak ada dicampur unsur-unsur politik.

“Kita mendapat kerjasama daripada semua parti politik kerajaan mahu pun pengimbang kerajaan yang menyambut baik dan mentaati titah Sultan serta garis panduan dikeluarkan.

“Tenaga pengajar yang dapat tauliah juga, kita tahu mereka ada pegangan politik masing-masing, tetapi sebaik sahaja Sultan Johor menitahkan larangan itu dan garis panduan dikeluarkan, mereka menghormatinya dengan baik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas menyempurnakan Majlis Khatam Hafazan al-Quran Sesi 2023 di Koleh Pengajian Islam Johor (Marsah) di sini, semalam.

Turut hadir, Penasihat Mainj, Datuk M Tahrir Samsudin dan Rektor Marsah, Prof Madya Dr Hussin Salamon.

Sementara itu, ketika ditanya berkaitan perkembangan kes ajaran sesat Si Hulk di negeri itu, Mohd Fared berkata, pihaknya masih menunggu kenyataan rasmi hasil siasatan daripada pihak polis.

Katanya, setakat ini tiada laporan lain berhubung provokasi baharu yang dilakukan kumpulan ajaran sesat itu.

“Setakat ini kita tiada maklumat rasmi tentang perkembangan kes itu, tetapi memandangkan ajaran Si Hulk ini sudah difatwakan sebagai haram dan sesat, maka, selagi mana mereka cuba bergerak dalam negeri ini, kita akan pastikan penguatkuasaan dilaksanakan.

“Sehingga kini, kita lega kerana tiada laporan lain yang menunjukkan ajaran ini kembali atau cuba bertapak di negeri ini.

“Kita sedia bekerjasama dengan pihak polis sekiranya usaha untuk membasmi ajaran ini diperlukan, Mainj sedia membantu,” katanya.

Sementara itu, pada majlis berkenaan, 58 orang pelajar Marsah berjaya menamatkan hafazan al-Quran sebanyak 30 juzuk, sekali gus menunjukkan kejayaan sistem pendidikan Islam di negeri ini.

“Ada antara mereka yang selesai hafaz al-Quran hanya dalam tempoh setahun tujuh bulan dan kejayaan ini berasal daripada susunan silibus pendidikan Islam Johor yang sangat teratur dan sudah berusia lebih 100 tahun,” katanya.

Selain itu, Mohd Fared berkata, Marsah secara rasminya kini dikenali sebagai Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim (Kuijsi).

Beliau berkata, perubahan nama dan logo kolej itu juga antara siri kejayaan sistem pendidikan Islam di negeri ini apabila Marsah diberikan penarafan yang lebih tinggi.

“Saya juga sudah umumkan tadi bahawa Majlis Agama Islam Negeri Johor (Mainj) memperuntukkan RM15 juta sebagai insentif awal bagi maksud menaik taraf kolej ini,” katanya.

Pada masa sama, Mohd Fared turut melancarkan inisiatif Orang Muda Johor (OMJ) bagi melahirkan 500 imam muda Johor bertauliah, melahirkan 1,200 Huffaz Bangsa Johor setiap tahun bermula tahun ini dan melahirkan 50,000 anak muda yang khatam al-Quran.

“Bagi tiga inisiatif ini, Kuijsi dilantik sebagai sekretariat yang akan menyelia dan menyelaraskan perkara ini supaya KPI (petunjuk prestasi utama) dapat dicapai pada akhir tahun ini,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *