Connect with us

Antarabangsa

Hampir sejuta kanak-kanak di Afrika berisiko maut akibat kurang zat makanan – UNICEF

Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) memberi amaran hampir sejuta kanak-kanak di wilayah Sahel di Afrika berisiko mati akibat kekurangan zat makanan disebabkan harga makanan yang tinggi, konflik dan perubahan iklim dunia.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Hampir sejuta kanak-kanak di Afrika berisiko maut akibat kurang zat makanan – UNICEF
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) memberi amaran hampir sejuta kanak-kanak di wilayah Sahel di Afrika berisiko mati akibat kekurangan zat makanan disebabkan harga makanan tinggi, konflik dan perubahan iklim dunia.
  • Agensi PBB menganggarkan seramai 970,000 kanak-kanak di bawah usia lima tahun dari tiga negara di Wilayah Sahel tengah Afrika Barat akan terkesan teruk pada tahun ini.
  • Menurut Pengarah Serantau UNICEF, Marie-Pierre Poirier, konflik dan ketidakstabilan negara semakin meningkat bermakna kelemahan semakin meningkat di rantau ini, dan semakin sukar membantu komuniti di kawasan terpencil.

DAKAR: Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) memberi amaran hampir sejuta kanak-kanak di wilayah Sahel di Afrika berisiko mati akibat kekurangan zat makanan disebabkan harga makanan yang tinggi, konflik dan perubahan iklim dunia.

Agensi PBB itu menganggarkan seramai 970,000 kanak-kanak di bawah usia lima tahun dari tiga negara di Wilayah Sahel tengah Afrika Barat (Burkina Faso, Mali dan Niger) akan terkesan teruk pada tahun ini.

Niger dijangka menghadapi beban paling tinggi dengan 430,000 kanak-kanak dianggarkan akan terjejas, penurunan 14 peratus daripada jumlah keseluruhan pada 2022 hasil usaha kerajaan.

Di Mali, seramai 367,000 kanak-kanak dianggarkan akan terjejas teruk, peningkatan lebih 18 peratus daripada tahun lalu.

Menurut Pengarah Serantau UNICEF untuk Afrika Barat dan Tengah, Marie-Pierre Poirier, konflik dan ketidakstabilan negara yang semakin meningkat bermakna kelemahan semakin meningkat di rantau ini, dan semakin sukar untuk membantu komuniti di kawasan terpencil.

Katanya, data menunjukkan peningkatan kematian kanak-kanak di seluruh Sahel pada tahun ini, termasuk di bahagian Benin, Burkina Faso, Cameroon, Mali, Mauritania, Senegal dan Togo.

“Kita menyeru kerajaan untuk meletakkan pemakanan kanak-kanak sebagai agenda utama negara dan meningkatkan pelaburan negara dalam pencegahan awal, pengesanan dan rawatan kekurangan zat makanan golongan ini,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *