Connect with us

Terkini

MBSB Bank tawar kemudahan Ihsan-i kepada pencarum KWSP

MBSB Bank Bhd (MBSB Bank) menawarkan Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) patuh syariah, Ihsan-i kepada ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bermula esok.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

MBSB Bank tawar kemudahan Ihsan-i kepada pencarum KWSP
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • MBSB Bank Bhd (MBSB Bank) menawarkan Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) patuh syariah, Ihsan-i kepada ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bermula esok.
  • Bank Islam berlesen di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (IFSA) dalam satu kenyataan berkata, kemudahan Ihsan-i bertujuan membantu ahli KWSP berusia 40 hingga 55 tahun, memiliki i-Akaun KWSP dan mempunyai sekurang-kurangnya RM3,000 di dalam Akaun 2 untuk dapatkan pembiayaan peribadi patuh syariah ini dengan kadar kompetitif.
  • Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MBSB Bank, Datuk Nor Azam M Taib, jumlah pembiayaan maksimum adalah RM50,000 dengan tempoh pembayaran sehingga 10 tahun.
  • “Ihsan-i oleh MBSB Bank berlandaskan syariah dan menggunapakai konsep Tawarruq. Antara kelebihan Ihsan-i adalah kadar keuntungan yang rendah, tiada caj proses dan tiada caj penamatan awal,” katanya.

KUALA LUMPUR: MBSB Bank Bhd (MBSB Bank) menawarkan Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) patuh syariah, Ihsan-i kepada ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bermula esok.

Bank Islam berlesen di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (IFSA) itu dalam satu kenyataan berkata, kemudahan Ihsan-i yang disediakan itu bertujuan membantu ahli KWSP yang berusia 40 hingga 55 tahun, yang memiliki i-Akaun KWSP dan mempunyai sekurang-kurangnya RM3,000 di dalam Akaun 2 untuk mendapatkan pembiayaan peribadi patuh syariah ini dengan kadar kompetitif.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MBSB Bank, Datuk Nor Azam M Taib, jumlah pembiayaan maksimum adalah RM50,000 dengan tempoh pembayaran sehingga 10 tahun.

“Pemohon perlu membuat pembayaran ansuran bulanan sepanjang tempoh pembiayaan mengikut terma yang ditetapkan oleh pihak Bank.

“Ansuran bulanan Ihsan-i pada tahun pertama adalah lebih rendah kerana pelanggan hanya perlu membayar kadar keuntungan sahaja.

“Ihsan-i oleh MBSB Bank berlandaskan syariah dan menggunapakai konsep Tawarruq. Antara kelebihan Ihsan-i adalah kadar keuntungan yang rendah, tiada caj proses dan tiada caj penamatan awal,” katanya.

Tambah beliau, Ihsan-i juga akan memberi rebat atau Ibra’ atas kadar keuntungan Bank sekiranya pembayaran baki pembiayaan ditamatkan lebih awal daripada tempoh yang dipersetujui.

Permohonan boleh dibuat dalam talian melalui laman sesawang www.fsa2mbsbbank.com bermula 7 April 2023.

Maklumat lanjut serta status permohonan boleh didapati di laman sesawang yang sama. Kelulusan pembiayaan adalah tertakluk kepada kelayakan pembiayaan dan kedudukan kredit para pemohon.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi 03 – 2083 7100 mulai 7 April 2023.

Sumber: Berita Harian

Author