Connect with us

Antarabangsa

Wanita berhijab lebih terdedah Islamofobia berbanding lelaki Islam di Austria

Wanita berhijab lebih terdedah kepada tindakan anti-Muslim berbanding lelaki Islam di Austria sekalipun Islamofobia adalah perkara biasa yang sering berlaku di negara itu, lapor NGO Austria Dokustelle.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Wanita berhijab lebih terdedah Islamofobia berbanding lelaki Islam di Austria
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Aktivis Dokustelle, Munira Mohamud baru-baru ini memberitahu Anadolu Agency (AA) tentang perjuangan dihadapi wanita berhijab di negara Eropah, menegaskan ramai wanita berdepan lebih banyak perkauman anti-Muslim kerana berhijab.
  • Menurut Dokustelle, jenayah kebencian anti-Muslim Austria menyaksikan lebih 1,000 tindakan Islamofobia pada 2021, di mana sekitar 69.2 peratus dilakukan ke atas wanita.
  • Munira mengkritik pendekatan kerajaan Austria terhadap Islam dengan menyifatkannya sebagai “pemain Islamofobia terbesar”.
  • Kerajaan Austria sengaja mengalihkan perhatian dengan membincangkan isu berkaitan umat Islam berikutan menutup kegagalan dasar dalam menangani krisis paling mendesak negara, termasuk rasuah.

Wanita berhijab lebih terdedah kepada tindakan anti-Muslim berbanding lelaki Islam di Austria sekalipun Islamofobia adalah perkara biasa yang sering berlaku di negara itu, lapor NGO Austria Dokustelle.

Aktivis Dokustelle, Munira Mohamud baru-baru ini memberitahu Anadolu Agency (AA) tentang perjuangan dihadapi wanita berhijab di negara Eropah, menegaskan ramai wanita berdepan lebih banyak perkauman anti-Muslim kerana berhijab.

Menurut Dokustelle, jenayah kebencian anti-Muslim Austria menyaksikan lebih 1,000 tindakan Islamofobia pada 2021, di mana sekitar 69.2 peratus berlaku ke atas wanita.

Munira yang turut berhijab berkata dia sendiri berulang kali berdepan tindakan Islamofobia pada 2022 di mana antara peristiwa diingati adalah seorang lelaki melemparkan kata-kata hinaan dan berbaur perkauman kepadanya dalam bahasa Jerman sebelum menambah; “Apa yang ada di atas kepala awak ini? Buangkan ia (hijab)”.

Munira mengkritik pendekatan kerajaan Austria terhadap Islam dengan menyifatkannya sebagai “pemain Islamofobia terbesar”.

Agensi berita Anadolu berkata Pejabat Perangkaan Persekutuan Austria mendapati jumlah Muslim di negara itu mencecah 645,600 orang.

Aktivis itu menegaskan kerajaan Austria sengaja mengalihkan perhatian dengan membincangkan isu berkaitan umat Islam berikutan menutup kegagalan dasar dalam menangani krisis paling mendesak negara, termasuk rasuah.

Munira secara khususnya menyalahkan percubaan kerajaan Austria untuk menerima pakai hujah nativis dan xenofobia Perancis yang semakin berkembang tentang umat Islam.

Perancis menyaksikan peningkatan ketara dalam serangan Islamofobia sepanjang dekad lalu dengan serangan terbaharu menyasarkan perniagaan Islam, tanah perkuburan dan masjid.

Sebagai tambahan kepada tindakan vandalisme anti-Islam yang berleluasa sejak dua tahun lalu, ahli parlimen dan aktivis sayap kanan Perancis juga menggunakan retorik anti-Muslim.

Sumber: Morocco World News

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *