Connect with us

Antarabangsa

Wanita keguguran ditembak jiran selepas tegur muzik kuat

Seorang wanita hamil berusia 30 tahun mengalami keguguran akibat ditembak jirannya semalam, demikian lapor NDTV.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Wanita keguguran ditembak jiran selepas tegur muzik kuat
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Ranju, 30, ditembak oleh jirannya, Harish gara-gara menegur muzik yang kuat dalam insiden berlaku di India semalam.
  • Kejadian berlaku di bandar Siraspur, Delhi ketika Harish mengadakan upacara menyambut kelahiran bayi lelakinya di rumah dengan kehadiran seorang DJ untuk memainkan muzik.
  • Selain mengalami keguguran, Ranju turut mengalami kecederaan di leher dan sedang kritikal.
  • Harish kini ditahan polis bersama rakannya, Amit yang merupakan pemilik pistol yang digunakannya.

Seorang wanita hamil berusia 30 tahun mengalami keguguran akibat ditembak jirannya semalam, demikian lapor NDTV.

Kejadian berlaku di bandar Siraspur, Delhi, India, selepas mangsa, Ranju menegur muzik kuat yang dimainkan seorang DJ dalam satu majlis di rumah jirannya.

Jirannya, Harish kini ditahan polis akibat tindakan itu bersama rakannya, Amit yang merupakan pemilik pistol yang digunakan penembak (Harish).

Menurut Timbalan Pesuruhjaya Polis (Utara Luar), Ravi Kumar Singh, pihaknya menerima panggilan melaporkan kejadian berkenaan sekitar jam 12.15 pagi.

Ketika tiba di lokasi kejadian, pihaknya mendapati Ranju telah dibawa ke Hospital Max di Shalimar Bagh untuk rawatan segera.

Doktor memberitahu polis yang Ranju mengalami kecederaan tembakan di leher dan berada dalam keadaan kritikal.

Oleh itu, polis merakamkan kenyataan kakak ipar kepada Ranju yang menyaksikan kejadian tersebut.

Menurut saksi, insiden itu berlaku ketika berlangsungnya upacara ‘kuan pujan’ (upacara menyambut kelahiran bayi lelaki) untuk anak Harish di rumahnya pada Ahad malam, di mana seorang DJ hadir untuk memainkan muzik.

Ranju yang tinggal di seberang jalan telah keluar ke balkoni dan meminta muzik dihentikan.

Susulan itu, Harish bertindak mengambil sepucuk pistol dari Amit untuk melepaskan tembakan dan sebutir peluru mengenai Ranju.

Ibu kepada Ranju, Sandhya Devi berkata, “Doktor memaklumkan dia mengalami keguguran. Mereka juga mengatakan bahawa dia mengalami kecederaan peluru di lehernya. Dia sedang dirawat dan kemungkinan lebih banyak pembedahan diperlukan. Dia mempunyai tiga anak”.

Satu kes di bawah seksyen 307 (cubaan membunuh) dan 34 (niat bersama) Kanun Keseksaan India (IPC) dan seksyen 27 Akta Senjata didaftarkan terhadap Harish dan Amit telah ditangkap.

Sumber: NDTV

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *