Connect with us

Terkini

Elaun tambahan diperluaskan kepada kakitangan perubatan di klinik kesihatan

Kerajaan bersetuju memperluaskan pemberian elaun tambahan kepada kakitangan perubatan di klinik kesihatan (KK) dan jabatan kecemasan yang diarah bertugas selepas waktu bekerja ditetapkan.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Elaun tambahan diperluaskan kepada kakitangan perubatan di klinik kesihatan
Foto: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
  • Kerajaan setuju perluaskan pemberian elaun tambahan kepada kakitangan perubatan di klinik kesihatan (KK) dan jabatan kecemasan yang diarah bertugas selepas waktu bekerja ditetapkan.
  • Persetujuan itu membabitkan perluasan waktu, merangkumi cuti pelepasan mingguan kepada beberapa KK yang dikenal pasti. – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim
  • Pemberian elaun tambahan berkenaan ketika ini, tidak termasuk kakitangan perubatan yang bertugas di KK atau jabatan kecemasan.
  • “Saya juga sudah arahkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kementerian Kewangan (MoF) mengkaji supaya kemudahan ini dipanjangkan kepada semua, selain pegawai perubatan,” katanya pada Waktu Pertanyaan Perdana Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju memperluaskan pemberian elaun tambahan kepada kakitangan perubatan di klinik kesihatan (KK) dan jabatan kecemasan yang diarah bertugas selepas waktu bekerja ditetapkan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata persetujuan itu turut membabitkan perluasan waktu, merangkumi cuti pelepasan mingguan kepada beberapa KK yang dikenal pasti.

Katanya, pemberian elaun tambahan berkenaan ketika ini, tidak termasuk bagi kakitangan perubatan yang bertugas di KK atau jabatan kecemasan.

“Enam premis ini ialah KK yang terbabit dalam projek rintis bagi mengurangkan kesesakan di hospital kerajaan.

“Saya juga sudah arahkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kementerian Kewangan (MoF) mengkaji supaya kemudahan ini dipanjangkan kepada semua, selain pegawai perubatan,” katanya pada Waktu Pertanyaan Perdana Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau yang juga Menteri Kewangan menjawab soalan tambahan Datuk Seri Madius Tangau (PH-Tuaran) mengenai kesediaan kerajaan meningkatkan kadar elaun ‘on-call’ dalam kalangan pegawai perubatan.

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *