Connect with us

Antarabangsa

Lapan individu terbabit rempuhan maut di Pakistan ditahan

Polis Pakistan menahan lapan individu yang mempunyai kaitan dengan rempuhan yang meragut 12 nyawa ketika agihan makanan dan wang sempena Ramadan, kelmarin.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Lapan individu terbabit rempuhan maut di Pakistan ditahan
Foto: Di tempat kejadian di perindustrian kilang.
  • Polis Pakistan menahan lapan individu yang mempunyai kaitan dengan rempuhan yang meragut 12 nyawa pada 2 Mac 2023.
  • Rempuhan tersebut berlaku ketika agihan makanan dan wang sempena Ramadan di Karachi.
  • Keadaan sesak dan berlaku tolak-menolak disebabkan pengurusan kilang yang tidak membuka pintu pagar.

KARACHI – Polis Pakistan menahan lapan individu yang mempunyai kaitan dengan rempuhan yang meragut 12 nyawa ketika agihan makanan dan wang sempena Ramadan, kelmarin.

Antara yang ditahan termasuk pengurus kilang yang tidak membuat permohonan dengan pihak berkuasa untuk proses agihan makanan.

Pegawai polis, Dr Hafeez Bugti memaklumkan, pengurusan kilang tidak membuka pintu pagar sekaligus menyebabkan keadaan sesak dan berlaku tolak-menolak.

Dalam kejadian yang berlaku Jumaat lalu, ratusan wanita dan kanak-kanak mendapatkan makanan secara percuma di luar kawasan perindustrian kilang itu.

Laporan awal mendapati 12 individu termasuk sembilan wanita berumur 40 hingga 80 tahun, selain tiga kanak-kanak menjadi mangsa rempuhan.

Polis kemudian mengeluarkan arahan meminta organisasi atau individu yang merancang untuk mengagihkan makanan kepada golongan miskin perlu mendapatkan kebenaran daripada pihak berkuasa.

Sementara itu, Ketua Menteri di Wilayah Sindh, Murad Ali Shah mengumumkan pemberian pampasan kepada ahli keluarga mangsa rempuhan.

Beliau berkata, setiap keluarga yang kehilangan ahli keluarga akan menerima 500,000 rupee manakala 100,000 rupee diberikan bagi yang mengalami kecederaan. – Agensi

Sumber: Ismaweb

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *