Connect with us

Antarabangsa

Lebih 50 peratus rakyat Sweden sokong larangan bakar al-Quran

Kira kira 51 peratus rakyat Sweden bersetuju dengan larangan perbuatan membakar al-Quran serta kitab suci yang lain.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Lebih 50 peratus rakyat Sweden sokong larangan bakar al-Quran
Foto: Ahli politik sayap kanan Denmark, Rasmus Paludan.
  • Kira kira 51 peratus rakyat Sweden bersetuju dengan larangan perbuatan membakar al-Quran serta kitab suci yang lain.
  • Menurut tinjauan syarikat penyelidikan Sipo, 34 peratus rakyat Sweden berpendapat bahawa membakar kitab suci adalah kebebasan bersuara manakala 15 peratus rakyat Sweden memilih untuk tidak mengulas isu tersebut.
  • Aksi biadab ahli politik sayap kanan Denmark, Rasmus Paludan yang menghina Islam dengab membakar al-Quran menyebabkan Turkiye bertindak balas membatalkan lawatan Menteri Pertahanan Sweden, Pal Jonson ke negara berkenaan.

STOCKHOLM, 12 Ramadan 1444H, Isnin – Kira kira 51 peratus rakyat Sweden bersetuju dengan larangan perbuatan membakar al-Quran serta kitab suci yang lain.

Menurut tinjauan syarikat penyelidikan Sipo, 34 peratus rakyat Sweden berpendapat bahawa membakar kitab suci adalah kebebasan bersuara manakala 15 peratus rakyat Sweden memilih untuk tidak mengulas isu tersebut.

Sementara itu, syarikat penyiaran awam SVT berkata, insiden provokatif oleh ahli politik sayap kanan Denmark, Rasmus Paludan terhadap kitab suci umat Islam menyebabkan negara itu menelan kos kira-kira 88 juta krona Sweden (RM 37 juta).

Paludan – tokoh berhaluan kanan parti Stram Kurs – bertindak melampau membakar al-Quran di hadapan Kedutaan Turkiye selepas mendapat permit kerajaan Sweden dengan dikawal ketat pasukan polis.

Aksi biadab Paludan yang turut menghina Islam itu menyebabkan Turkiye bertindak balas membatalkan lawatan Menteri Pertahanan Sweden, Pal Jonson ke negara berkenaan.

Beberapa negara Islam lain juga mengecam perbuatan kurang ajar pemimpin yang turut memiliki kerakyatan Denmark itu sebagai provokasi kebencian amat melampau. – Agensi

Sumber: Ismaweb

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *