Terkini
Kes tibi di Melaka membimbangkan
Kes tibi di Melaka berada dalam keadaan agak membimbangkan apabila merekodkan kira-kira 500 kes setiap tahun.
- Angka ditunjukkan itu bukan sesuatu yang baik malah tahun ini sehingga Minggu Epid 12 sebanyak 127 kes sudah direkodkan. – Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Melaka (JKNM), Datuk Dr Rusdi Abd Rahman
- Beliau berkata, berbanding tempoh sama tahun lalu hanya 107 kes yang direkodkan JKNM.
- “Sebenarnya bilangan kes tibi di Melaka ini dalam keadaan agak tinggi iaitu sekitar 20 orang bagi setiap 100,000 penduduk dan ini bukan satu angka yang baik dan merisaukan.”
- “Bermaksud ada dalam 500 orang setiap tahun seperti itu (dijangkiti tibi) kerana kita ada satu juta penduduk dan sepanjang tahun lalu sebanyak 510 kes tibi direkodkan JKNM.”
- Menurut beliau, daripada 127 kes pada Minggu Epid 12, daerah Melaka Tengah merekodkan bilangan tertinggi dengan 88 kes.
- “Ia kemudian diikuti daerah Alor Gajah dengan 35 kes dan hanya 10 kes di kawasan Jasin,” katanya pada sidang media pada Program Jabatan Kesihatan Pantau Keselamatan Makanan di Bazar Ramadan Peringgit.
MELAKA: Kes tibi di Melaka berada dalam keadaan agak membimbangkan apabila merekodkan kira-kira 500 kes setiap tahun.
Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Melaka (JKNM), Datuk Dr Rusdi Abd Rahman, berkata angka yang ditunjukkan itu bukan sesuatu yang baik malah tahun ini sehingga Minggu Epid 12 sebanyak 127 kes sudah direkodkan.
Beliau berkata, berbanding tempoh sama tahun lalu hanya 107 kes yang direkodkan JKNM.
“Sebenarnya bilangan kes tibi di Melaka ini dalam keadaan agak tinggi iaitu sekitar 20 orang bagi setiap 100,000 penduduk dan ini bukan satu angka yang baik dan merisaukan.
“Bermaksud ada dalam 500 orang setiap tahun seperti itu (dijangkiti tibi) kerana kita ada satu juta penduduk dan sepanjang tahun lalu sebanyak 510 kes tibi direkodkan JKNM, ” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media pada Program Jabatan Kesihatan Pantau Keselamatan Makanan di Bazar Ramadan Peringgit, semalam.
Menurut beliau, daripada 127 kes pada Minggu Epid 12, daerah Melaka Tengah merekodkan bilangan tertinggi dengan 88 kes.
“Ia kemudian diikuti daerah Alor Gajah dengan 35 kes dan hanya 10 kes di kawasan Jasin.
“Oleh itu JKNM meminta mereka yang mempunyai simptom atau tanda dijangkiti tibi seperti demam pada waktu malam atau batuk berpanjangan lebih seminggu untuk hadir ke klinik kesihatan bagi menjalani pemeriksaan.
“Kita sekarang sudah ada cara pantas untuk mengesan kuman tibi, jadi nasihat saya dapatlah rawatan segera,” katanya.
Sementara itu, Rusdi berkata daripada pemeriksaan dilakukan pihaknya di sekitar bazar masih terdapat peniaga yang tidak mematuhi aspek pengendalian makanan dengan betul apabila dikesan tidak memakai apron dan tutup kepala, berkuku panjang serta memakai aksesori seperti cincin.
“Mereka ini sudah diberikan nasihat dan teguran, jika ia masih berulang pada pemeriksaan akan datang kita akan terus keluarkan kompaun, tiada lagi kompromi,” katanya.
Sumber: Berita Harian