Antarabangsa
Kecewa dihina dan dihalau dari kuil, remaja Dalit cuba bunuh diri
Gara-gara kecewa selepas dihina dan dihalang dari memasuki kuil, seorang remaja lelaki Dalit menelan racun serangga untuk membunuh diri.
- Seorang remaja Dalit, Mallepogu Narahari bertindak menelan racun serangga selepas dihina dan dihalau dari memasuki Kuil Dewi Sunkulamma ketika perayaan Ugadi.
- Kejadian berlaku di kampung Munagala, daerah Nandyal, India pada lewat malam 22 Mac lalu.
- Beberapa individu, termasuk, termasuk konstabel simpanan bersenjata telah menendang Mallepogu ketika dia cuba menyertai perayaan di kuil tersebut.
- Dia bagaimanapun dilaporkan stabil selepas dihantar ke hospital oleh ibu bapanya.
- Dalit atau Paria dalam sistem kasta masyarakat Hindu di India merujuk kepada individu yang tergolong dalam kelompok paling rendah dalam sistem kasta (malah ada mengatakannya ia di luar sistem kasta) dan diharamkan untuk disentuh atau ‘untouchable’.
Gara-gara kecewa selepas dihina dan dihalang dari memasuki kuil, seorang remaja lelaki Dalit menelan racun serangga untuk membunuh diri.
Kejadian berlaku di kampung Munagala, daerah Nandyal, India pada lewat malam 22 Mac lalu.
Menurut pihak polis tempatan, penduduk kampung sedang meraikan perayaan Ugadi di Kuil Dewi Sunkulamma.
Remaja itu, dikenali sebagai Mallepogu Narahari yang berasal dari masyarakat Madiga memecahkan sebiji kelapa untuk turut serta berdoa dan meraikan Ugadi di kuil itu.
Bagaimanapun, Mallepogu dihalang oleh beberapa orang, termasuk seorang konstabel simpanan bersenjata.
Mereka dilaporkan telah menendang Mallepogu dan menghina status kastanya.
Selain itu, mereka turut mengugut Mallepogu akan menerima akibat buruk jika dia cuba untuk memasuki kuil itu lagi.
Oleh kerana kecewa dan berasa terhina, Mallepogu langsung pulang ke rumah dan menelan racun serangga.
Nasib masih menyebelahinya apabila ibu bapanya segera membawanya Hospital Besar Nandyal untuk mendapatkan rawatan dan keadaannya dilaporkan stabil.
Dalit atau Paria dalam sistem kasta masyarakat Hindu di India merujuk kepada individu yang tergolong dalam kelompok paling rendah dalam sistem kasta (malah ada mengatakannya ia di luar sistem kasta) dan diharamkan untuk disentuh atau ‘untouchable’.
Dalit dilarang melakukan pekerjaan, kecuali pekerjaan yang dianggap ‘kotor’ atau ‘tidak bermaruah’ bagi masyarakat kasta tinggi seperti kerja pembersihan, kutip sampah dan buruh binaan.
Sistem kasta di India dilaporkan dimansuhkan pada 1950-an tetapi sistem hieraki sosial berusia 2,000 tahun itu, yang menetapkan kedudukan individu berdasarkan keturunan kelahirannya, masih wujud dalam kehidupan harian masyarakat Hindu di India.
Sumber: Deccan Chronicle