Connect with us

Antarabangsa

Pemimpin Muslim baharu Scotland perjuang hak transgender

Pemimpin baharu Scotland, Humza Yousaf mungkin mempunyai pendirian kepimpinan yang tidak selari dengan nilai pegangan agamanya iaitu Islam.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Pemimpin Muslim baharu Scotland perjuang hak transgender
Foto: Pemimpin Scotland, Humza Yousaf.
  • Humza Yousaf, yang baru sahaja dilantik sebagai menteri pertama Scotland dilaporkan adalah penyokong kuat hak transgender.
  • Dia juga mahu melanjutkan usia kandungan yang boleh digugurkan di negara tersebut sehingga 24 minggu.
  • Humza mencatat sejarah baharu sebagai pemimpin Muslim dan termuda dalam demokrasi Barat apabila dilantik sebagai menteri pertama Scotland, menggantikan Nicola Sturgeon.

Pemimpin baharu Scotland, Humza Yousaf mungkin mempunyai pendirian kepimpinan yang tidak selari dengan nilai pegangan agamanya iaitu Islam.

Memetik laporan Cosmopolitan, Humza merupakan penyokong kuat hak transgender sama seperti pemimpin terdahulu, Nicola Sturgeon.

Pada Disember, dia merupakan salah seorang daripada 86 Ahli Parlimen Scotland yang mengundi menyokong rang undang-undang Pembaharuan Pengiktirafan Jantina Scotland untuk memudahkan golongan transgender dan non-binary (tiada jantina) untuk mendapatkan sijil pengiktirafan jantina (GRC).

“Saya sangat komited terhadap kesaksamaan untuk semua orang kerana hak anda adalah hak saya tanpa mengira siapa anda,” katanya selepas kerajaan United Kingdom (UK) menyekat rang undang-undang itu.

Dalam pada itu, Humza juga mahu melanjutkan usia kandungan yang boleh digugurkan di negara tersebut sehingga 24 minggu.

Hal ini kerana sesetengah wanita yang hamil lebih 13 minggu terpaksa pergi ke England untuk menggugurkan kandungan.

Selain itu, Humza juga mahu meneruskan cadangan untuk menjenayahkan misogini (sikap memandang rendah kaum wanita).

Humza Yousaf mencatat sejarah baharu sebagai pemimpin Muslim dan termuda dalam demokrasi Barat apabila dilantik sebagai menteri pertama Scotland, menggantikan Nicola Sturgeon.

Kemenangan tipis dalam pemilihan Parti Kebangsaan Scotland (SNP) pada Isnin, menjanjikan rakyat Scotland dengan azamnya untuk mengembalikan perjuangan menuntut kemerdekaan negara itu.

Sumber: Cosmopolitan

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *