Antarabangsa
Islamofobia paling teruk di Quebec berbanding negeri lain di Kanada – Kajian
Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Quebec menghadapi penelitian masyarakat awam kerana memperkenal dan meluluskan RUU 21 dan RUU 96.
- RUU 21 Quebec melarang guru sekolah awam, peguam kerajaan, hakim dan pegawai polis daripada memakai apa-apa bentuk simbol keagamaan semasa bekerja.
- Kajian “Law 21: Discourse, Perceptions & Impacts” daripada Association for Canadians Studies mengesahkan undang-undang tersebut menggalakkan prejudis dan sangka buruk.
- 52 peratus bagi penduduk Quebec mempunyai persepsi negatif terhadap Islam.
- Umur, jantina dan pendidikan memainkan peranan penting sama ada Anglo-Kanada dan Kanada Francophone mempunyai pandangan negatif terhadap Islam.
Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Quebec menghadapi penelitian masyarakat awam kerana memperkenal dan meluluskan RUU 21 dan RUU 96.
RUU 21 yang mula digunapakai pada Jun 2019, melarang guru sekolah awam, peguam kerajaan, hakim dan pegawai polis daripada memakai apa-apa bentuk simbol keagamaan semasa bekerja.
Manakala RUU 96 diterima pakai pada Mei 2022 untuk mengukuhkan undang-undang bahasa wilayah itu. Ia termasuk had bilangan pelajar yang boleh menghadiri CEGEP bahasa Inggeris (kolej rendah) dan pelajar di peringkat itu juga perlu mengambil kursus bahasa Perancis tambahan.
Walaupun sesetengah Quebecois (penduduk Quebec berbangsa Kanada Perancis) berpendapat bahawa rang undang-undang itu bukan satu diskriminasi, kajian seperti “Law 21: Discourse, Perceptions & Impacts” daripada Association for Canadians Studies yang diterbitkan pada 2022 mengesahkan undang-undang tersebut menggalakkan prejudis dan sangka buruk.
Quebec merupakan daerah di Kanada yang mempunyai pandangan negatif yang paling teruk terhadap Islam, lapor tinjauan yang dibuat Angus Reid baru-baru ini.
39 peratus daripada golongan Anglo-Kanada yang terlibat dalam tinjauan itu mempunyai persepsi negatif terhadap Islam, statistik itu meningkat kepada 52 peratus bagi penduduk Quebec. Tinjauan tersebut menekankan pandangan positif wujud tetapi tidak begitu banyak di daerah itu.
Di antara kesemua agama utama, termasuk Buddha, Yahudi, Hindu, Sikh dan Kristian, warga Kanada menunjukkan pandangan yang paling kurang baik terhadap Islam, sama seperti penduduk Quebec.
Umur, jantina dan pendidikan memainkan peranan penting sama ada Anglo-Kanada dan Kanada Francophone mempunyai pandangan negatif terhadap Islam.
Kebanyakan penduduk Quebec yang mempunyai persepsi negatif ke atas Islam lebih cenderung untuk mengundi Bloc Quebecois, atau Parti Konservatif Kanada (CPC), lapor Angus Reid.
Dapatan tinjauan itu adalah sama untuk seluruh Kanada dengan pengundi CPC membentuk kumpulan terbesar yang memandang Islam secara negatif.
Sumber: Vancouver is Awesome