Terkini
Terengganu : harga sayur turun pada hari pertama Ramadan
Pengguna yang membeli persiapan menyambut 1 Ramadan tersenyum lebar apabila banyak barang keperluan mula turun harga di pasar-pasar basah di negeri ini.
- Tinjauan di Pasar Chabang Tiga di sini semalam mendapati antara sayur yang telah turun harga ialah sawi dan kacang panjang.
- Sawi kini berharga RM5 kilogram (kg) berbanding RM9kg pada minggu lalu, manakala kacang panjang pula kini berharga RM12kg daripada RM20kg.
- Seorang pengguna, Ainaa Adia Jailani, 36, berkata, dia difahamkan penurunan drastik tersebut disebabkan lambakan sayur sejak beberapa hari lalu.
- “Harga daging lembu tempatan dan ikan-ikan seperti ikan kembong dan selayang pula kekal stabil.”
- “Ia amat melegakan saya kerana sebelum ini, biasanya harga barang mentah akan melonjak tinggi sebaik tibanya bulan Ramadan,” katanya ketika ditemui di Pasar Chabang Tiga di sini semalam.
KUALA TERENGGANU – Pengguna yang membeli persiapan menyambut 1 Ramadan tersenyum lebar apabila banyak barang keperluan mula turun harga di pasar-pasar basah di negeri ini.
Tinjauan di Pasar Chabang Tiga di sini semalam mendapati antara sayur yang telah turun harga ialah sawi dan kacang panjang.
Sawi kini berharga RM5 kilogram (kg) berbanding RM9kg pada minggu lalu, manakala kacang panjang pula kini berharga RM12kg daripada RM20kg.
Seorang pengguna, Ainaa Adia Jailani, 36, berkata, dia difahamkan penurunan drastik tersebut disebabkan lambakan sayur sejak beberapa hari lalu.
“Harga daging lembu tempatan dan ikan-ikan seperti ikan kembong dan selayang pula kekal stabil.
“Ia amat melegakan saya kerana sebelum ini, biasanya harga barang mentah akan melonjak tinggi sebaik tibanya bulan Ramadan,” katanya ketika ditemui di Pasar Chabang Tiga di sini semalam.
Seorang lagi pengguna, Che Ku Nordin Che Ku Omar, 60, berkata, harga sotong dan udang juga stabil iaitu masing-masing RM35kg dan RM38kg.
“Saya lebih gemar beli di pasar basah kerana barangan mentah yang dijual jauh lebih segar.
“Harap harga yang berpatutan ini berkekalan hingga ke sambutan Hari Raya Aidilfitri,” katanya.
Dalam pada itu, seorang peniaga daging, Mohd. Irfan Omar, 43, berkata, jualan daging semalam meningkat lebih 40 peratus daripada hari biasa.
“Nak sambut Ramadan pun gembira bila harga barang makanan turun harga,” ujarnya.
Sumber: Kosmo