Connect with us

Terkini

KDN teliti maklumat penganjuran acara undang ‘Thai Hot Guy’

Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan meneliti dakwaan penganjuran satu acara hiburan ‘Thai Hot Guy’ yang dikatakan bakal berlangsung di ibu negara, akhir bulan ini.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

KDN teliti maklumat penganjuran acara undang 'Thai Hot Guy'
Foto: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
  • Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata pihaknya akan dapatkan maklumat lanjut bagi mengenal pasti penganjur dan pihak yang memberi kelulusan program berkenaan diadakan.
  • “Pertama, kita kenal pasti siapa buat, kelulusan pihak mana, pihak berkuasa tempatan (PBT) atau mana-mana pihak.”
  • “Ia boleh mewujudkan keresahan, umat Islam seluruh dunia akan menyambut bulan suci, aktiviti ini boleh menimbulkan keresahan,” katanya pada sidang media selepas Perhimpunan Bulanan KDN di sini, hari ini.

PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan meneliti dakwaan penganjuran satu acara hiburan ‘Thai Hot Guy’ yang dikatakan bakal berlangsung di ibu negara, akhir bulan ini.

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata pihaknya akan mendapatkan maklumat lanjut bagi mengenal pasti penganjur dan pihak yang memberi kelulusan program berkenaan diadakan.

Beliau berkata, penganjuran program seumpama itu ketika di bulan Ramadan boleh mewujudkan keresahan dalam kalangan masyarakat.

“Pertama, kita kenal pasti siapa buat, kelulusan pihak mana, pihak berkuasa tempatan (PBT) atau mana-mana pihak.

“Reaksi umum saya jelas, memasuki ambang Ramadan ini, sebaik-baiknya acara seumpama itu tidak diteruskan

“Ia boleh mewujudkan keresahan, umat Islam seluruh dunia akan menyambut bulan suci, aktiviti ini boleh menimbulkan keresahan,” katanya pada sidang media selepas Perhimpunan Bulanan KDN di sini, hari ini.

Saifuddin berkata, sikap saling menghormati hidup bermasyarakat pelbagai kaum dengan sensitiviti tersendiri perlu dijaga.

Difahamkan, satu acara hiburan menampilkan persembahan pelayan lelaki berbadan sasa dari Thailand yang berpakaian wanita dikenali sebagai Thai Hot Guy, bakal dianjurkan di sebuah kelab malam di Jalan Tun Razak pada 30 Mac ini.

Penganjuran acara itu yang dipromosi di beberapa platform media sosial mendapat kecaman dan kritikan pelbagai pihak yang mendesak supaya ia dibatalkan.

Sumber: Berita Harian

Author