Connect with us

Terkini

KPM jamin sesi persekolahan kembali dibuka pada Januari

Kementerian Pendidikan (KPM) memberi jaminan permulaan takwim sesi persekolahan sedang menuju kembali kepada Januari.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

KPM jamin sesi persekolahan kembali dibuka pada Januari
Foto: Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
  • Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, berkata beliau memahami sentimen serta semangat ibu bapa yang mahu sesi persekolahan dibuka pada Januari berbanding Mac ketika ini, dan KPM sedang mengusahakan perkara itu.
  • “Saya hendak tegaskan sekali lagi bahawa kita sedang menuju kepada Januari semula, itu jaminan KPM. Namun, kita memerlukan sedikit masa kerana perlu mematuhi Akta Pendidikan bahawa kanak-kanak mesti bersekolah sekurang-kurang 190 hari.
  • “Kita juga perlu memastikan beberapa episod peperiksaan, terutama Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), tidak mengganggu kitaran anak-anak ini, selain beberapa faktor ekonomi lain,” katanya ketika ditanya mengenai rungutan ibu bapa yang mahu sesi persekolahan dimulakan pada awal bulan dan bukan hujung bulan kerana terpaksa membayar penuh tambang van sekolah.

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) memberi jaminan permulaan takwim sesi persekolahan sedang menuju kembali kepada Januari.

Menterinya, Fadhlina Sidek, berkata beliau memahami sentimen serta semangat ibu bapa yang mahu sesi persekolahan dibuka pada Januari berbanding Mac ketika ini, dan KPM sedang mengusahakan perkara itu.

“Saya hendak tegaskan sekali lagi bahawa kita sedang menuju kepada Januari semula, itu jaminan KPM. Namun, kita memerlukan sedikit masa kerana perlu mematuhi Akta Pendidikan bahawa kanak-kanak mesti bersekolah sekurang-kurang 190 hari.

“Kita juga perlu memastikan beberapa episod peperiksaan, terutama Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), tidak mengganggu kitaran anak-anak ini, selain beberapa faktor ekonomi lain,” katanya ketika ditanya mengenai rungutan ibu bapa yang mahu sesi persekolahan dimulakan pada awal bulan dan bukan hujung bulan kerana terpaksa membayar penuh tambang van sekolah.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Penyerahan Pek Kembali ke Sekolah Yayasan PETRONAS 2023, di Sekolah Kebangsaan (SK) Pendidikan Khas Jalan Batu (L), di sini, hari ini.

Sementara itu dalam perkembangan lain, Fadhlina berkata, KPM bersedia menyemak semula silibus pendidikan khas bagi pelajar Sindrom Down supaya ia sesuai mengikut keperluan semasa.

Beliau berkata, pihaknya menyambut baik cadangan supaya ia dikaji semula, malah sentiasa mengadakan libat urus dengan pemegang taruh bagi meneliti silibus berkenaan.

“Kita mengambil kira kitaran ansur maju kanak-kanak ini. Soal mengubah atau meminda kurikulum ini, ada pakarnya di KPM,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *