Connect with us

Antarabangsa

Aksi EPL dihentikan seketika untuk pemain berbuka puasa

Liga Perdana Inggeris (EPL) digesa membenarkan pengadil menghentikan perlawanan seketika bagi membolehkan pemain beragama Islam berbuka puasa ketika Ramadan, menurut Sky Sports hari ini.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Aksi EPL dihentikan seketika untuk pemain berbuka puasa
Foto: N'Golo Kante (kiri), Mohamed Salah (tengah) dan Riyad Mahrez (kanan).
  • Liga Perdana Inggeris (EPL) digesa membenarkan pengadil menghentikan perlawanan seketika bagi membolehkan pemain beragama Islam berbuka puasa ketika Ramadan.
  • Pengadil turut digalakkan mengenal pasti pemain yang berpuasa sebelum sepak mula dan bersetuju dengan anggaran masa ditetapkan untuk berbuka puasa.
  • Pada 2021, perlawanan Leicester City dan Crystal Palace dihentikan seketika oleh pengadil Graham Scott selepas setengah jam bagi membolehkan Wesley Fofana dan Cheikhou Kouyate berbuka puasa.

LONDON: Liga Perdana Inggeris (EPL) digesa membenarkan pengadil menghentikan perlawanan seketika bagi membolehkan pemain beragama Islam berbuka puasa ketika Ramadan, menurut Sky Sports hari ini.

Jawatankuasa pengadil mahu pegawai perlawanan diberikan panduan sesuai supaya pemain dapat berbuka puasa dengan minuman, gel tenaga atau suplemen di garisan tepi padang ketika aksi dihentikan seketika.

Ramadan dijangka bermula esok dan berakhir sebulan.

Pengadil turut digalakkan mengenal pasti pemain yang berpuasa sebelum sepak mula dan bersetuju dengan anggaran masa ditetapkan untuk berbuka puasa.

Penyerang Liverpool Mohamed Salah, pemain tengah Chelsea N’Golo Kante dan sayap Manchester City Riyad Mahrez antara pemain yang menjalani ibadah itu tanpa makan dan minum di siang hari.

Pada 2021, perlawanan Leicester City dan Crystal Palace dihentikan seketika oleh pengadil Graham Scott selepas setengah jam bagi membolehkan Wesley Fofana dan Cheikhou Kouyate berbuka puasa.

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *