Antarabangsa
Taliban larang pelantikan ahli keluarga dalam pentadbiran kerajaan
Pemimpin utama Taliban melarang pegawai melantik anak lelaki dan ahli keluarga sendiri di dalam pentadbiran kerajaan.

- Pemimpin utama Taliban melarang pegawai melantik anak lelaki dan ahli keluarga dalam pentadbiran kerajaan.
- Dalam dekri dikeluarkan Hibatullah Akhundzada, anak lelaki atau ahli keluarga kepada pegawai kerajaan yang bekerja dalam pentadbiran perlu dipecat segera.
- Arahan dikeluarkan semalam menyatakan, pegawai kanan di kementerian, jabatan dan pentadbiran kerajaan perlu mengelak melantik pekerja berdasarkan hubungan keluarga atau peribadi.
- Lazimnya proses pengambilan pekerja di sektor kerajaan perlu dibuat berdasarkan dekri yang dikeluarkan pegawai tertinggi Taliban atau pegawai kanan pentadbiran.
KABUL, 27 Syaaban 1444H, Isnin – Pemimpin utama Taliban melarang pegawai melantik anak lelaki dan ahli keluarga sendiri di dalam pentadbiran kerajaan.
Dalam dekri yang dikeluarkan Hibatullah Akhundzada, anak lelaki atau ahli keluarga kepada pegawai kerajaan yang bekerja dalam pentadbiran perlu dipecat segera.
Arahan yang dikeluarkan semalam menyatakan, pegawai kanan di kementerian, jabatan dan pentadbiran kerajaan perlu mengelak melantik pekerja berdasarkan hubungan keluarga atau peribadi.
Menerusi arahan itu, semua pegawai kerajaan yang mempunyai seorang atau lebih anak lelaki dalam institusi sama perlu dipecat serta-merta dan menggantikan jawatan itu dengan pekerja baharu mengikut kelayakan masing-masing.
Lazimnya proses pengambilan pekerja di sektor kerajaan dibuat berdasarkan dekri yang dikeluarkan pegawai tertinggi Taliban atau pegawai kanan pentadbiran.
Dekri baharu itu juga menegaskan pengharaman penanaman ganja dan melarang mana-mana rakyat berbuat demikian walaupun di tanah peribadi.
Kebiasaan ganja ditanam di kawasan separa tropika di negara berkenaan.
Sumber: Ismaweb
