Antarabangsa
Rejim Israel bebaskan banduan tertua Palestin
Seorang banduan tertua Palestin di penjara Israel dibebaskan semalam selepas menjalani hukuman selama 17 tahun kerana didakwa menyeludup senjata, kata kumpulan advokasi.
- Seorang banduan tertua Palestin di penjara Israel dibebaskan semalam selepas menjalani hukuman selama 17 tahun kerana didakwa menyeludup senjata.
- Fuad Shubaki, 83, dibebaskan dari penjara Ashkelon dan kini dalam perjalanan ke Ramallah di Tebing Barat, kata jurucakap kelab banduan Palestin.
- Beliau sebelum ini didakwa cuba menyeludup senjata dari Iran ke kawasan pantai Gaza di atas kapal Karine yang disita oleh Israel di Laut Merah.
- Pada tahun 2002, Shubaki, ditahan oleh pihak berkuasa Palestin di bandar Tebing Barat di bawah pengawasan Amerika Syarikat dan British.
RAMALLAH: Seorang banduan tertua Palestin di penjara Israel dibebaskan semalam selepas menjalani hukuman selama 17 tahun kerana didakwa menyeludup senjata, kata kumpulan advokasi.
Fuad Shubaki, 83, dibebaskan dari penjara Ashkelon dan kini ‘dalam perjalanan ke Ramallah’ di Tebing Barat yang diduduki, kata jurucakap kelab banduan Palestin yang disahkan oleh anak lelaki Shubaki, Hazem.
Beliau sebelum ini didakwa cuba menyeludup senjata dari Iran ke kawasan pantai Gaza di atas kapal Karine yang disita oleh Israel di Laut Merah.
Tentera Israel mendakwa kapal itu membawa 50 tan senjata, termasuk roket Katyusha jarak pendek, peluru berpandu dan bahan peledak dari Iran menerusi gerakan Syiah yang berpangkalan di Lubnan Hizbullah.
Pada tahun 2002, Shubaki, ditahan oleh pihak berkuasa Palestin di bandar Tebing Barat di bawah pengawasan Amerika Syarikat dan British.
Pada tahun 2006, penjara yang menempatkan Shubaki diserang oleh pasukan keselamatan Israel dan beliau dibawa ke Israel di mana dibicarakan di mahkamah tentera.
Shubaki dijatuhi hukuman penjara 20 tahun, yang kemudiannya dikurangkan kepada 17 tahun.
Sumber: Berita Harian