Connect with us

Antarabangsa

Liga Arab kutuk serangan Israel ke atas rakyat Palestin di Jenin

Liga Arab mengutuk sekeras-kerasnya serangan rejim Israel ke atas kem Jenin dengan menyifatkannya sebagai pembunuhan beramai-ramai yang mengakibatkan kematian enam rakyat Palestin dan berpuluh-puluh lagi cedera pada Selasa, lapor Arab News.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Liga Arab kutuk serangan Israel ke atas rakyat Palestin di Jenin
Foto: Serangan Israel di kem Jenin.
  • Liga Arab mengutuk sekeras-kerasnya serangan Israel ke atas kem Jenin, dengan menyifatkannya sebagai pembunuhan beramai-ramai yang mengakibatkan kematian enam rakyat Palestin dan berpuluh-puluh lagi cedera pada Selasa.
  • Parlimen Arab menyeru masyarakat antarabangsa, Majlis Keselamatan PBB dan pentadbiran Amerika Syarikat segera campur tangan dan hentikan tindakan Israel.

RIYADH – Liga Arab mengutuk sekeras-kerasnya serangan rejim Israel ke atas kem Jenin dengan menyifatkannya sebagai pembunuhan beramai-ramai yang mengakibatkan kematian enam rakyat Palestin dan berpuluh-puluh lagi cedera pada Selasa, lapor Arab News.

Sekretariat Agung Liga Arab, Ahmed Aboul Gheit pada Rabu berkata pembunuhan beramai-ramai di Jenin datang dalam konteks perang terbuka yang dilakukan kerajaan sayap kanan Israel, lanjutan siri pembunuhan beramai-ramai sistematik dan tindakan jenayah terhadap rakyat Palestin di Jenin, Nablus, Jericho dan bandar serta kampung Palestin yang lain sejak November lalu.

Liga Arab menyeru masyarakat antarabangsa khususnya Majlis Keselamatan PBB untuk campur tangan dengan segera bagi menghentikan pembunuhan beramai-ramai itu serta menyediakan perlindungan antarabangsa kepada rakyat Palestin daripada serangan tersebut.

Parlimen Arab dalam satu kenyataan turut mengutuk serangan itu dan menganggap kerajaan sayap kanan ekstrem Israel diketuai Benjamin Netanyahu bertanggungjawab atas peningkatan serangan berkenaan yang akan memusnahkan semua usaha keamanan.

Parlimen Arab menyeru masyarakat antarabangsa, Majlis Keselamatan PBB dan pentadbiran Amerika Syarikat untuk segera campur tangan dalam hal itu dan menghentikan tindakan Israel.

Sumber: Arab News

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *