Connect with us

Antarabangsa

Hari Wanita disambut dengan protes jalanan di beberapa negara

Kumpulan aktivis berpakaian rona ungu di beberapa negara menganjurkan himpunan sempena Hari Wanita semalam, dengan tumpuan terarah kepada Afghanistan dan Iran.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Hari Wanita disambut dengan protes jalanan di beberapa negara
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kumpulan aktivis berpakaian rona ungu di beberapa negara menganjurkan himpunan sempena Hari Wanita semalam, dengan tumpuan terarah kepada Afghanistan dan Iran.
  • Tumpuan terarah ke Afghanistan ekoran dasar yang mengehadkan pendidikan terhadap kanak-kanak perempuan, selain bantahan berskala besar di Iran yang menuntut hak wanita, sejak beberapa bulan lalu.
  • Hak reproduktif muncul di Amerika Syarikat (AS) selepas keputusan kes pengguguran terkenal, antara Roe menentang Wade AS dibatalkan tahun lalu, selain menggugurkan kandungan dikawal ketat di kebanyakan kawasan di Amerika Latin.
  • Di Paris, penunjuk perasaan berarak tuntut kadar pencen bagi wanita bekerja sambilan, manakala wanita di Israel membentuk rantai manusia membantah rombakan kehakiman yang dibimbangi akan menjejaskan kebebasan awam.
  • Manakala, di Sepanyol, menuntut hak sama rata dan menghapuskan ‘machismo’ (sifat macho), namun beberapa gerakan itu bergerak berasingan bagi tuntutan berkaitan isu pelacuran dan transgender.

MEXICO CITY: Kumpulan aktivis berpakaian rona ungu di beberapa negara menganjurkan himpunan sempena Hari Wanita semalam, dengan tumpuan terarah kepada Afghanistan dan Iran.

Tumpuan terarah ke Afghanistan ekoran dasar yang mengehadkan pendidikan terhadap kanak-kanak perempuan, selain bantahan berskala besar di Iran yang menuntut hak wanita, sejak beberapa bulan lalu.

Hak reproduktif muncul sebagai tema utama di Amerika Syarikat (AS) selepas keputusan kes pengguguran yang terkenal, antara Roe menentang Wade AS dibatalkan tahun lalu, selain menggugurkan kandungan dikawal ketat di kebanyakan kawasan di Amerika Latin.

Desakan agar lebih banyak tindakan bagi mengurangkan kadar pembunuhan wanita dan kanak-kanak perempuan berdasarkan jantina yang gagal diselesaikan dan tinggi juga antara tuntutan di rantau berkenaan.

Aktivis, Silvia Vargas, 67, menyertai demonstrasi itu sejak anak perempuannya dibunuh pada 2014.

“Hak asasi tidak diberikan sama rata, sebaliknya ditentukan kerajaan dan institusi,” katanya.

Di Manila, Filipina, aktivis yang menuntut hak sama rata dan kadar gaji yang lebih baik, bergelut dengan polis yang menghalang bantahan mereka.

Polis Turkiye pula melepaskan semburan lada bagi menyuraikan penunjuk perasaan di Istanbul.

Di Paris, penunjuk perasaan berarak menuntut kadar pencen lebih baik bagi wanita bekerja sambilan, manakala wanita di Israel membentuk rantai manusia untuk membantah rombakan kehakiman yang dibimbangi akan menjejaskan kebebasan awam.

Penunjuk perasaan membanjiri beberapa jalan di bandar Sepanyol, menuntut hak sama rata dan menghapuskan ‘machismo’ (sifat macho), namun beberapa gerakan itu bergerak berasingan bagi tuntutan berkaitan isu pelacuran dan transgender.

Banyak protes, termasuk gesaan solidariti wanita di Iran dan Afghanistan.

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *