Connect with us

Antarabangsa

Lebih sepertiga wanita Muslim Britain tidak bersukan walaupun berminat

Ramai wanita Muslim di England minat bersukan, namun lebih sepertiga dari mereka tidak bersukan, lapor Islam Channel.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Lebih sepertiga wanita Muslim Britain tidak bersukan walaupun berminat
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kajian Persatuan Sukan Wanita Islam (MSA) mendapati 97 peratus wanita Islam Britain minat bersukan, tetapi 37 peratus daripada mereka ini tidak bersukan.
  • Kekurangan ruang khusus wanita merupakan halangan utama selain daripada masalah kekurangan pakaian sukan bersesuaian.
  • “Datang ke sesi renang wanita sahaja dan diberitahu ada pengawal keselamatan lelaki – itu bertentangan keseluruhan tujuan”. – Responden.

Ramai wanita Muslim di England minat bersukan, namun lebih sepertiga dari mereka tidak bersukan, lapor Islam Channel.

Menurut laporan Muslimah Sports Association (MSA), 97 peratus wanita Islam Britain yang mengikuti tinjauan itu ingin meningkatkan penyertaan mereka dalam sukan. Tinjauan itu juga mendapati 37 peratus daripada wanita terbabit tidak terlibat dalam sebarang aktiviti sukan.

Antara halangan menyekat mereka dari bersukan adalah seperti halangan budaya, kekurangan ruang atau kemudahan khusus wanita, kekurangan pakaian sukan bersesuaian dan potensi diskriminasi.

Kekurangan ruang khusus wanita merupakan halangan utama. Menurut tinjauan itu, 65 peratus wanita melaporkan tidak mengetahui sebarang acara sukan khusus untuk wanita, menunjukkan keperluan lebih banyak ruang sedemikian diwujudkan.

“Datang ke sesi renang wanita sahaja dan diberitahu ada pengawal keselamatan lelaki – itu bertentangan keseluruhan tujuan,” kata seorang responden.

Selain itu, laporan turut menyebut penyertaan sukan membantu memecahkan stereotaip dan salah tanggapan tentang wanita Islam.

Pengerusi dan Pengasas MSA, Yashmin Harun berharap laporan itu akan “menimbulkan pemikiran, tindakan, dan kerjasama selanjutnya dalam membantu wanita dari pelbagai etnik untuk pergi, bukan sahaja melepasi cabaran yang dihadapi mereka, tetapi berkembang maju walaupun menghadapinya”.

“MSA berbangga untuk melibatkan wanita dalam sukan dan mencabar sektor ini dalam cara mereka terlibat dengan komuniti kami,” katanya.

Laporan itu juga mencadangkan inisiatif menangani sikap berat sebelah terhadap wanita Islam, penglibatan masyarakat untuk menangani salah tanggapan dan sikap terhadap budaya, serta pakaian bersesuaian untuk menyokong peluang kerjaya dalam sukan untuk wanita Islam.

Sumber: Islam Channel

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *