Antarabangsa
Perbuatan meracuni kanak-kanak perempuan jenayah serius – Pemimpin Tertinggi Iran
Pemimpin tertinggi Iran menegaskan perbuatan meracuni pelajar sekolah adalah jenayah yang serius dan dihukum mati jika disengajakan, dalam satu gelombang serangan di sekolah di seluruh negara.
- Pemimpin tertinggi Iran menegaskan perbuatan meracuni pelajar sekolah adalah jenayah yang serius dan dihukum mati jika disengajakan, dalam satu gelombang serangan di sekolah di seluruh negara.
- “Pihak berkuasa harus serius mencari punca keracunan pelajar dan jika ia dibuktikan dengan sengaja, mereka yang melakukan jenayah ini tidak boleh dimaafkan dan harus dijatuhkan hukuman mati,” kata Ayatollah Ali Khamenei yang dipetik oleh TV kerajaan.
- Keracunan bermula pada bulan November di bandar Qom dan merebak ke 25 daripada 31 wilayah Iran, mendorong beberapa ibu bapa mengeluarkan anak-anak dari sekolah dan membantah.
- Pihak berkuasa menuduh musuhnya menggunakan serangan itu untuk menjejaskan pertubuhan ulama.
DUBAI: Pemimpin tertinggi Iran menegaskan perbuatan meracuni pelajar sekolah adalah jenayah yang serius dan dihukum mati jika disengajakan, dalam satu gelombang serangan di sekolah di seluruh negara.
Dilaporkan, lebih 1,000 kanak-kanak perempuan mengalami keracunan sejak November dan beberapa ahli politik menyalahkan perkara itu terhadap kumpulan agama yang menentang pendidikan kanak-kanak perempuan.
“Pihak berkuasa harus serius mencari punca keracunan pelajar dan jika ia dibuktikan dengan sengaja, mereka yang melakukan jenayah ini tidak boleh dimaafkan dan harus dijatuhkan hukuman mati,” kata Ayatollah Ali Khamenei yang dipetik oleh TV kerajaan.
Keracunan bermula pada bulan November di bandar Qom dan merebak ke 25 daripada 31 wilayah Iran, mendorong beberapa ibu bapa mengeluarkan anak-anak dari sekolah dan membantah.
Pihak berkuasa menuduh musuhnya menggunakan serangan itu untuk menjejaskan pertubuhan ulama.
Bagaimanapun, beberapa aktivis menuduh isu keracunan itu sebagai membalas dendam daripada protes yang berlaku sebelum ini.
“Sekarang gadis-gadis Iran membayar harga yang mahal kerana berjuang menentang hijab (tudung) wajib dan diracuni,” tulis ciapan aktivis terkemuka Iran, Masih Alinejad yang berpangkalan di New York.
Bimbang terjadi protes baharu, pihak berkuasa berusaha mengurangkan isu keracunan berkenaan.
Siasatan kehakiman sedang dijalankan, walaupun tiada butiran penemuan yang diberikan.
Sekurang-kurangnya sebuah sekolah lelaki turut menjadi sasaran di bandar Boroujerd, lapor media kerajaan.
Sumber: Berita Harian