Antarabangsa
Aktivis anti-Islam Australia peluk Islam kerana pendirian tegas agama itu menentang LGBTQ
Seorang aktivis anti-Islam yang terkenal di Australia dan bekas ketua kumpulan sayap kanan United Patriot Fronts, Shermon Burgess telah memeluk Islam, menyertai beberapa tokoh sayap kanan yang memeluk agama itu kerana pendirian konservatifnya terhadap maskuliniti, peranan jantina dan komuniti LGBTQIA+.
- Seorang aktivis anti-Islam di Australia dan bekas ketua kumpulan sayap kanan United Patriot Fronts, Shermon Burgess memeluk Islam kerana pendirian tegas agama itu terhadap maskuliniti, peranan jantina dan komuniti LGBTQIA+.
- Beliau dan seorang lagi bekas aktivis anti-Islam mengucapkan syahadah, menukar ke agama Islam dan dialu-alukan masjid di tempatnya.
- “Kembali kepada 2015-2016, anda mesti tidak percaya melihat saya berdiri bersama orang Islam untuk berjuang dengan tujuan sama, namun kini banyak yang telah berubah. Sekarang saya akan bersama dengan Muslim untuk melawan penindasan zionis dan freemason yang memerintah,” kata Burgess.
Seorang aktivis anti-Islam yang terkenal di Australia dan bekas ketua kumpulan sayap kanan United Patriot Fronts, Shermon Burgess telah memeluk Islam, menyertai beberapa tokoh sayap kanan yang memeluk agama itu kerana pendirian konservatifnya terhadap maskuliniti, peranan jantina dan komuniti LGBTQIA+.
Terkenal dengan peranannya semasa protes anti-Islam 2015 yang tertumpu kepada pembinaan masjid di Bendigo di mana beliau menganjurkan berpuluh-puluh protes bersama neo-Nazi, Blair Cottrell dan Neil Erikson.
Burgess mengesahkan kepada Crikey bahawa beliau dan seorang lagi bekas aktivis anti-Islam mengucapkan syahadah, menukar ke agama Islam dan dialu-alukan oleh masjid di tempatnya.
“Umat Islam sangat baik dan hebat, mereka sentiasa sedia membantu apabila anda perlukan pertolongan,” katanya.
Burgess berkata dia telah menukar kepercayaannya (suatu ketika dulu pernah menyatakan “multikulturalisme telah gagal, Islam tidak sesuai dengan cara hidup kita”) selepas melihat kekuatan gerakan kebebasan Australia – anti-vaksin, anti-kerajaan, kumpulan konspirasi aktivisme pelbagai budaya, yang wujud semasa wabak Covid-19.
Perjumpaan Burgess dengan Ketua Muslim Freedom Movement, Youssra Rose adalah titik penting memberi beliau “pandangan lebih jelas mengenai Islam”.
“Kembali kepada 2015-2016, anda mesti tidak percaya melihat saya berdiri bersama orang Islam untuk berjuang dengan tujuan sama, namun kini banyak yang telah berubah. Sekarang saya akan bersama dengan Muslim untuk melawan penindasan zionis dan freemason yang memerintah,” tulisnya dalam laman Facebook.
Menurut Burgess, bekas ahli-ahli UPF mengecamnya dalam talian selepas mereka mengetahui tentang penukaran agama itu.
“Ramai di antara mereka merupakan peminum arak tegar dan mengalami degenerasi,” katanya. “Saya suka aspek kesihatan Islam yang melatih dan menghalang penganutnya daripada alkohol dan dadah”.
Sumber: Crikey