Antarabangsa
LGBT: Sekolah digalak ‘sembunyi’ identiti jantina pelajar daripada ibu bapa
Jabatan Pendidikan Oregon pada Khamis mengeluarkan panduan tentang cara sekolah mengendalikan ideologi jantina berikutan “liputan media tidak berperikemanusiaan terhadap pendidikan pengesahan jantina”, lapor Fox News.
- Jabatan Pendidikan Oregon pada Khamis mengeluarkan panduan tentang cara sekolah mengendalikan ideologi jantina berikutan “liputan media tidak berperikemanusiaan terhadap pendidikan pengesahan jantina”.
- Panduan 48 muka surat bertajuk “Supporting Gender Expansive Students, Guidance for Schools” itu juga menggalakkan sekolah untuk tidak memaklumkan kepada ibu bapa tentang identiti jantina anak mereka.
- Panduan itu bermula dengan sepucuk surat Pengarah Jabatan Pendidikan Oregon yang menulis, “sejak 18 bulan lalu, berlaku peningkatan liputan media tidak berperikemanusiaan terhadap pendidikan dan penjagaan kesihatan pengesahan jantina di seluruh negara”.
Jabatan Pendidikan Oregon pada Khamis mengeluarkan panduan tentang cara sekolah mengendalikan ideologi jantina berikutan “liputan media tidak berperikemanusiaan terhadap pendidikan pengesahan jantina”, lapor Fox News.
Panduan 48 muka surat bertajuk “Supporting Gender Expansive Students, Guidance for Schools” itu juga menggalakkan sekolah untuk tidak memaklumkan kepada ibu bapa tentang identiti jantina anak mereka.
“Pelajar yang tidak memberitahu identiti jantina mereka secara terbuka mungkin mempunyai kebimbangan tentang pelajar, kakitangan sekolah, ahli komuniti atau keluarga mereka mengetahui sebelum mereka bersedia untuk berkongsi tentang identiti jantina mereka.
“Sokongan ibu bapa dan keluarga menjadi matlamat semasa menyokong pelajar yang menukar jantina, tetapi mungkin tidak dapat dilakukan dalam semua situasi,” kata dokumen panduan itu.
Panduan itu bermula dengan sepucuk surat daripada Pengarah Jabatan Pendidikan Oregon, Colt Gill yang menulis, “sejak 18 bulan lalu, berlaku peningkatan liputan media tidak berperikemanusiaan terhadap pendidikan dan penjagaan kesihatan pengesahan jantina di seluruh negara”.
Menurut beliau, pihaknya mendengar banyak kembimbangan daripada keluarga dan masyarakat “berkenaan penindasan dan keganasan dihadapi belia, keluarga dan kakitangan sekolah yang menukar jantina.”
Panduan itu menggalakkan sekolah-sekolah untuk mengesahkan identiti jantina pelajar.
“Dasar dan amalan pengesahan jantina ialah peluang bagi komuniti sekolah untuk pulih dan berkembang maju; apabila pelajar yang menukar jantina berjaya, semua pelajar dan kakitangan mendapat manfaat daripada rakan sebaya, rakan sekelas dan rakan sepasukan,” kata dokumen panduan itu.
Sumber: Fox News