Connect with us

Terkini

PTPTN perincikan pelaksanaan diskaun, penangguhan bayaran balik pinjaman

Pelaksanaan diskaun bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sehingga 20 peratus yang berkuat kuasa hari ini sehingga 31 Mei seperti diumumkan dalam inisiatif Belanjawan 2023 meliputi empat kategori.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

PTPTN perincikan pelaksanaan diskaun, penangguhan bayaran balik pinjaman
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • PTPTN memaklumkan diskaun 20 peratus atas baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman; masing-masing diskaun 15 peratus untuk penyelesaian sekurang-kurangnya 50 peratus daripada keseluruhan baki hutang serta bayaran balik melalui potongan gaji atau Debit Terus mengikut jadual bayaran balik, selain diskaun lima peratus untuk bayaran balik melalui aplikasi myPTPTN.
  • “Semua peminjam PTPTN termasuk yang telah dikenakan tindakan penguatkuasaan dan penerima Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) adalah layak menikmati insentif ini,” demikian menurut kenyataan PTPTN hari ini.
  • “PTPTN akan memaklumkan status kelulusan melalui e-mel yang dikemas kini semasa peminjam membuat permohonan dalam tempoh 14 hari bekerja selepas permohonan diterima”.

KUALA LUMPUR, 2 Mac (Bernama) — Pelaksanaan diskaun bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sehingga 20 peratus yang berkuat kuasa hari ini sehingga 31 Mei seperti diumumkan dalam inisiatif Belanjawan 2023 meliputi empat kategori.

PTPTN dalam kenyataan hari ini memaklumkan ia meliputi diskaun 20 peratus atas baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman; masing-masing diskaun 15 peratus untuk penyelesaian sekurang-kurangnya 50 peratus daripada keseluruhan baki hutang serta bayaran balik melalui potongan gaji atau Debit Terus mengikut jadual bayaran balik, selain diskaun lima peratus untuk bayaran balik melalui aplikasi myPTPTN.

“Semua peminjam PTPTN termasuk yang telah dikenakan tindakan penguatkuasaan dan penerima Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) adalah layak menikmati insentif ini,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu menyebut peminjam yang ingin membuat penyelesaian penuh pinjaman atau 50 peratus daripada baki hutang perlu membuat pengesahan baki pinjaman melalui aplikasi myPTPTN atau portal rasmi PTPTN di www.ptptn.gov.my atau menghubungi Eksekutif Pemasaran PTPTN sebelum membuat bayaran balik melalui saluran bayaran yang telah disediakan.

Peminjam yang sedang membuat bayaran balik melalui potongan gaji atau Debit Terus pula layak mendapat diskaun 15 peratus secara automatik, manakala peminjam yang ingin membuat potongan menerusi kaedah itu boleh membuat permohonan melalui myPTPTN atau portal rasmi PTPTN.

Sementara itu, PTPTN memaklumkan peminjam yang dalam tempoh membayar balik dan mempunyai pendapatan bulanan RM1,800 (gaji kasar) ke bawah layak memohon penangguhan bayaran kecuali peminjam yang telah menyertai Debt Management Programme (DMP) di bawah Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) bagi pinjaman PTPTN.

Menurut PTPTN, permohonan penangguhan boleh dibuat mulai hari ini melalui portal rasmi PTPTN dan peminjam perlu melengkapkan maklumat perhubungan, pekerjaan, memuat naik dokumen pendapatan bulanan terkini serta membuat perakuan kebenaran ke atas maklumat yang diberikan.

“PTPTN akan memaklumkan status kelulusan melalui e-mel yang dikemas kini semasa peminjam membuat permohonan dalam tempoh 14 hari bekerja selepas permohonan diterima,” menurut kenyataan itu.

Peminjam yang diluluskan penangguhan akan dikecualikan daripada tindakan penguatkuasaan dan perundangan sepanjang tempoh penangguhan bayaran balik berkuat kuasa.

Kos pentadbiran atau ujrah juga tidak dikenakan sepanjang tempoh penangguhan diberikan.  

Sumber: BERNAMA

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *