Antarabangsa
Hindutva hanya agenda parti BJP menang pilihan raya
Ketua Barisan Demokratik Bersatu Seluruh India (AIUDF), Badruddin Ajmal berkata ‘Hindutva’ menjadi satu-satunya agenda untuk Parti Bharatiya Janata (BJP) dalam pilihan raya Lok Sabha 2024 akan datang.
- ‘Hindutva’ menjadi satu-satunya agenda yang bakal digunakan Parti Bharatiya Janata (BJP) dalam pilihan raya Lok Sabha 2024 akan datang.
- Ini kerana parti tersebut tidak mempunyai sebarang agenda di tangan mereka, selain menjadikan India sebagai ‘Rashtra Hindu’.
- Badruddin Ajmal berkata sejak Ketua Menteri Assam, Himanta Biswa Sarma berkuasa, umat Islam di negeri itu semakin hilang.
- ”Sikap yang dibawa akan merugikannya satu hari nanti kerana orang di Assam tidak mahu perpecahan antara orang Hindu dan orang Islam,” katanya.
ASSAM – Ketua Barisan Demokratik Bersatu Seluruh India (AIUDF), Badruddin Ajmal berkata ‘Hindutva’ menjadi satu-satunya agenda untuk Parti Bharatiya Janata (BJP) dalam pilihan raya Lok Sabha 2024 akan datang.
”Kedua-dua BJP dan RSS datang dengan agenda Hindutva dan sejak itu semuanya bermula.
“Untuk pilihan raya 2024, BJP tidak mempunyai sebarang agenda di tangan mereka, selain menjadikan India sebagai ‘Rashtra Hindu’ yang akan diundi orang ramai.
“Bagaimanapun, orang yang tidak bersetuju tidak akan mengundi mereka kerana mereka tidak mempunyai sebarang alternatif,” katanya pada sidang media di Bilasipara daerah Dhubri di Assam, baru-baru ini.
Katanya, sejak Ketua Menteri Assam, Himanta Biswa Sarma berkuasa, umat Islam di negeri itu semakin lenyap kerana Sarma hanya menyasarkan satu agama.
”Sikap yang dibawa mengenai orang Islam akan merugikannnya satu hari nanti kerana orang di Assam tidak mahu perpecahan antara orang Hindu dan orang Islam. Pada masa ini, 99 peratus orang sekular di Assam,” katanya seperti dilaporkan India Today NE.
Sumber: India Today NE