Antarabangsa
Kerajaan UK digesa tangani Islamofobia, keganasan terhadap pencari suaka
Badan bukan kerajaan (NGO) dan badan amal menggesa kerajaan United Kingdom (UK) untuk menangani isu Islamofobia dan keganasan terhadap pencari suaka yang sering dicetuskan pelbagai pihak di negara itu.
- Gesaan itu dilakukan menerusi satu surat terbuka kepada Perdana Menteri, Rishi Sunak, yang mendakwa kerajaan gagal tangani bahaya ditimbulkan oleh isu Islamofobia dan perkauman terhadap orang yang cari perlindungan di UK.
- “Kerajaan wajar segera nafikan pelabelan ini dan berjanji untuk tangani retorik sayap kanan timbulkan kebencian terhadap kumpulan minoriti.” – Isi kandungan ditulis badan amal dan kumpulan hak asasi termasuk Majlis Pelarian dan Majlis Bersama Kebajikan Imigran.
- Kekurangan pengiktirafan peranan Islamofobia dan perkauman dimainkan dalam rusuhan Knowsley adalah mengejutkan tapi malangnya tidak mengejutkan.- Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Hak Migran, Fizza Qureshi
- “Ekstremisme sayap kanan dan jenayah kebencian terhadap orang kulit berwarna dan umat Islam semakin berleluasa selama beberapa tahun,” katanya.
LONDON: Badan bukan kerajaan (NGO) dan badan amal menggesa kerajaan United Kingdom (UK) untuk menangani isu Islamofobia dan keganasan terhadap pencari suaka yang sering dicetuskan pelbagai pihak di negara itu.
Gesaan itu dilakukan menerusi satu surat terbuka kepada Perdana Menteri, Rishi Sunak, yang mana ia mendakwa kerajaan gagal menangani bahaya yang ditimbulkan oleh isu Islamofobia dan perkauman terhadap orang yang mencari perlindungan di UK.
Menerusi surat itu, ia menyatakan menteri dalam kerajaan UK juga secara tidak langsung turut mempromosikan label stereotaip berbahaya dan tidak layak untuk perlindungan kepada pemohon suaka ini, lapor The Guardian.
“Jadinya, kerajaan wajar segera menafikan pelabelan ini dan berjanji untuk menangani retorik sayap kanan yang menimbulkan kebencian terhadap kumpulan minoriti,” menurut isi kandungan yang ditulis oleh badan amal dan kumpulan hak asasi termasuk Majlis Pelarian dan Majlis Bersama Kebajikan Imigran.
Amaran surat itu dibuat ketika laporan Shawcross mengenai program pencegahan anti-ekstremisme kerajaan.
Siasatan itu mendapati program itu gagal menumpukan kepada ekstremisme Islam yang semakin berkembang, sebaliknya menyasarkan golongan paling kanan.
Walau bagaimanapun, surat itu menggesa kerajaan untuk menolak penemuan laporan Shawcross, dengan alasan bahawa ia berdasarkan bukti yang tidak lengkap.
Menerusi surat itu juga, ia menekankan kerajaan untuk mengekang keganasan sayap kanan terhadap pencari suaka seperti insiden baru-baru ini di mana penunjuk perasaan di UK mengadakan protes di luar sebuah hotel yang menempatkan imigran.
“Tindak balas terhadap keganasan dan ugutan yang ditujukan kepada pelarian menyerlahkan kebencian sayap kanan yang normal di UK,” menurut surat itu.
Justeru, kerajaan mesti “menggariskan strategi yang mantap untuk menangani ideologi sayap kanan,” dan pihak berkuasa mesti “menjauhkan diri daripada kenyataan menteri kerajaan yang menormalkan dan mengarus perdanakan kebencian sayap kanan terhadap kumpulan minoriti.”
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Hak Migran, Fizza Qureshi, berkata kekurangan pengiktirafan mengenai peranan Islamofobia dan perkauman yang dimainkan dalam rusuhan Knowsley adalah mengejutkan tetapi malangnya tidak mengejutkan.
“Ekstremisme sayap kanan dan jenayah kebencian terhadap orang kulit berwarna dan umat Islam semakin berleluasa selama beberapa tahun.
“Jadi, kita mesti mengakui secara terbuka prasangka yang mendorong serangan seperti ini dan menghalangnya daripada berulang,” katanya. – AGENSI
Sumber: Berita Harian
You must be logged in to post a comment Login