Connect with us

Terkini

KDN cadang perluas penggunaan kamera badan agensi penguatkuasaan

Penggunaan kamera badan dicadang diperluas kepada agensi penguatkuasaan selain Polis Diraja Malaysia (PDRM) iaitu Jabatan Imigresen, Jabatan Penjara, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan Agensi Antidadah Kebangsaan.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

KDN cadang perluas penggunaan kamera badan agensi penguatkuasaan
Foto: Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah.
  • Penggunaan kamera badan dicadang diperluas kepada agensi penguatkuasaan selain PDRM iaitu Jabatan Imigresen, Jabatan Penjara, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan Agensi Antidadah Kebangsaan.
  • Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah, berkata ini kerana semua agensi tersebut berurusan dengan masyarakat.
  • “Segala rakaman melalui kamera badan yang akan dibekalkan kepada anggota polis ketika bertugas boleh dijadikan sebagai bahan bukti di mahkamah,” katanya.

KUALA LUMPUR: Penggunaan kamera badan dicadang diperluas kepada agensi penguatkuasaan selain Polis Diraja Malaysia (PDRM) iaitu Jabatan Imigresen, Jabatan Penjara, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan Agensi Antidadah Kebangsaan.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah, berkata ini kerana semua agensi tersebut berurusan dengan masyarakat.

Beliau berkata buat masa ini, PDRM dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah menyiapkan prosedur operasi standard penggunaan kamera badan terhadap anggotanya dan akan mengadakan latihan penggunaan.

“Segala rakaman melalui kamera badan yang akan dibekalkan kepada anggota polis ketika bertugas boleh dijadikan sebagai bahan bukti di mahkamah,” katanya menjawab soalan tambahan Tan Kar Hing (PH-Gopeng) mengenai kepentingan penggunaan kamera badan selain adakah rakaman yang diperoleh boleh dijadikan bukti di mahkamah, pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini. – BERNAMA

Sumber: Berita Harian

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *