Connect with us

Antarabangsa

(VIDEO) Senator Bernie Sanders malu dengan kerajaan rasis Israel

Senator Amerika Syarikat (AS), Bernie Sanders mengakui malu dengan kerajaan baru sayap kanan Israel pimpinan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu selain menyifatkannya kerajaan yang rasis.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Ruszaini Ruslan

Published

on

(VIDEO) Senator Bernie Sanders malu dengan kerajaan rasis Israel
Foto: Bernie Sanders.

Senator Amerika Syarikat (AS), Bernie Sanders mengakui malu dengan kerajaan baru sayap kanan Israel pimpinan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu selain menyifatkannya kerajaan yang rasis.

Ketika ditemu bual pengacara Margaret Brennan dalam rancangan “Face the Nation” di CBS News semalam, Sanders melahirkan kebimbangan mengenai kerajaan yang ekstrem itu.

“Saya sangat risau dengan apa yang Netanyahu sedang lakukan, serta beberapa sekutunya dalam kerajaan, dan apa yang mungkin berlaku kepada rakyat Palestin,”

Dia juga menambah yang beberapa syarat tertentu perlu ditetapkan AS dalam memberi dana kepada Israel.

“Anda tidak boleh menjalankan kerajaan yang rasis, anda tidak boleh membelakangi penyelesaian dua negara, anda tidak boleh merendahkan rakyat Palestin di sana. Anda sama sekali tidak boleh berbuat begitu dan kemudian meminta wang dari Amerika.”

Selain itu, Sanders menegaskan yang dia tidak bimbang untuk mengkritik Israel, tidak seperti di bawah pentadbiran Presiden Joe Biden.

“Saya malu yang kita mempunyai kerajaan sebegitu rupa di Israel,” katanya.

Kerajaan Netanyahu mengangkat sumpah pada 29 Disember lalu selepas blok sayap kanan memperoleh majoriti mudah pada November, membolehkannya membentuk kerajaan campuran.

Kira-kira 100,000 warga Israel turun ke jalanan di Tel Aviv dan beberapa bandar hujung minggu lalu untuk membantah kerajaan Israel yang ekstremis.

Sumber: Youtube Face the Nation

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *