Antarabangsa
PBB, AS sedia beri bantuan tambahan kepada Turkiye
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres pada Isnin berkata badan dunia itu bersedia memberikan bantuan tambahan selepas dua lagi gempa bumi menggegarkan Hatay di wilayah selatan Turkiye.
- Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres pada Isnin berkata badan dunia itu bersedia memberikan bantuan tambahan selepas dua lagi gempa bumi menggegarkan Hatay di wilayah selatan Turkiye.
- “Ingatan kami terus bersama rakyat Turkiye dan Syria ketika mereka menghadapi kesan gempa bumi baharu yang melanda wilayah itu.
- “Pasukan PBB di lapangan sedang menilai keadaan dan kami bersedia untuk memberikan bantuan tambahan seperti yang diperlukan,” kata Guterres di Twitter, lapor Agensi Anadolu.
- “Kami amat prihatin dengan berita gempa bumi yang memberi kesan kepada kawasan yang sudah musnah di Turkiye dan Syria,” ciap Penasihat Keselamatan Negara Jake Sullivan di Twitter.
WASHINGTON – Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres pada Isnin berkata badan dunia itu bersedia memberikan bantuan tambahan selepas dua lagi gempa bumi menggegarkan Hatay di wilayah selatan Turkiye.
“Ingatan kami terus bersama rakyat Turkiye dan Syria ketika mereka menghadapi kesan gempa bumi baharu yang melanda wilayah itu.
“Pasukan PBB di lapangan sedang menilai keadaan dan kami bersedia untuk memberikan bantuan tambahan seperti yang diperlukan,” kata Guterres di Twitter, lapor Agensi Anadolu.
Sementara itu, Amerika Syarikat sangat prihatin dan berjanji akan terus memberikan bantuan yang diperlukan.
“Kami amat prihatin dengan berita gempa bumi yang memberi kesan kepada kawasan yang sudah musnah di Turkiye dan Syria,” ciap Penasihat Keselamatan Negara Jake Sullivan di Twitter.
Pada Isnin, dua gempa bumi menggegarkan wilayah Hatay, hanya dua minggu selepas gempa kuat melanda wilayah itu.
Gempa pertama bermagnitud 6.4 berlaku kira-kira 8.04 malam waktu tempatan (1704GMT) di daerah Defne, tiga minit gegaran dengan kekuatan 5.8 pada skala Richter melanda dengan pusat gempa di daerah Samandag.
Pada 6 Februari lalu gempa bumi kuat masing-masing bermagnitud 7.7 dan 7.6 magnitud yang berpusat di Kahramanmaras melanda 10 wilayah – Hatay, Gaziantep, Malatya, Sanliurfa, Adana, Adiyaman, Diyarbakir, Kilis, Osmaniye dan Elazig – mengorbankan sekurang-kurangnya 41,000 orang. – Bernama
Sumber: Sinar Harian