Connect with us

Terkini

Kurang tenaga kerja punca harga sayur naik

Peningkatan harga sayur di pasaran bukan hanya disebabkan cuaca tidak menentu, sebaliknya turut disumbangkan oleh kekurangan tenaga kerja di ladang.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Kurang tenaga kerja punca harga sayur naik
Gambar sekadar hiasan.
  • Kekurangan tenaga kerja terutama pekerja asing menyebabkan sebahagian kawasan ladang terpaksa ditutup. – Timbalan Pengerusi Persekutuan Persatuan-Persatuan Pekebun Sayur, Lau Weng Soow
  • “Apabila pekerja tamat kontrak dan pulang ke negara asal, kawasan operasi di ladang dikecilkan. Bila dikecilkan, bilangan sayur ditanam dan dipetik berkurang. Keadaan ini berlaku, sayur jadi mahal kerana permintaan melebihi bekalan yang ada.”
  • “Apabila sayur berkualiti rendah, pembekal akan tanggung kerugian kerana sayur tidak dapat dijual.”
  • “Jadi banyak pembekal ambil langkah untuk kecilkan saiz ladang. Walaupun lebih sedikit sayur dapat dipetik tapi kualitinya masih sama,” katanya,” katanya.

KUALA LUMPUR: Peningkatan harga sayur di pasaran bukan hanya disebabkan cuaca tidak menentu, sebaliknya turut disumbangkan oleh kekurangan tenaga kerja di ladang.

Timbalan Pengerusi Persekutuan Persatuan-Persatuan Pekebun Sayur, Lau Weng Soow, berkata kekurangan tenaga kerja terutama pekerja asing menyebabkan sebahagian kawasan ladang terpaksa ditutup.

“Contohnya pembekal sayur mempunyai ladang yang berkeluasan tiga ekar (1.2 hektar) memerlukan enam tenaga kerja untuk beroperasi secara efisien.

“Apabila ada pekerja tamat kontrak dan pulang ke negara asal mereka, kawasan operasi di ladang akan dikecilkan. Bila dikecilkan, bilangan sayur yang ditanam dan dipetik turut berkurang. Apabila keadaan ini berlaku, sayur akan menjadi mahal kerana permintaan melebihi bekalan yang ada,” katanya kepada BH.

Mengulas lanjut, Weng Soow, berkata jika kawasan ladang tidak dikecilkan sayur yang akan dihasilkan mempunyai kualiti yang rendah.

“Apabila sayur berkualiti rendah, pembekal akan menanggung kerugian kerana sayur tidak akan dapat dijual.

“Jadi banyak pembekal mengambil langkah untuk mengecilkan saiz ladang. Walaupun lebih sedikit sayur yang dapat dipetik tetapi kualitinya masih lagi sama,” katanya.

Katanya bermula minggu lalu, harga sayur sudah mula turun 50 sehingga 80 peratus.

“Kebanyakan sayur semakin murah, sayur yang mahal seperti tomato dan bendi juga sudah turun. Perkara ini terjadi disebabkan cuaca sudah semakin baik. Tanaman dapat tumbuh dengan subur, kita pun boleh turunkan harga.

“Peniaga yang mendakwa harga sayur masih lagi mahal ini mungkin mendapat stok minggu lalu. Kalau diikutkan data dan situasi semasa harga sayur sepatutnya turun,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Pemborong Sayur-Sayuran Kuala Lumpur, Wong Keng Fatt turut mengesahkan harga sayur mengalami penurunan daripada minggu lalu.

“Trend penurunan ini akan berlanjutan sehingga minggu hadapan kerana cuti persekolahan sudah bermula.

“Pengusaha kantin tidak akan membuat pesanan kepada pembekal sayur menyebabkan bilangan permintaan dan juga bekalan setara. Hal ini juga akan menurunkan harga sayur di pasaran,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *