Connect with us

Terkini

Mufti kecewa orang Islam ikut perarakan agama lain

Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor kesal dengan tindakan segelintir masyarakat Islam menyertai perarakan keagamaan orang bukan Islam.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Mufti kecewa orang Islam ikut perarakan agama lain
Foto: Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor
  • Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor kesal dengan segelintir masyarakat Islam menyertai perarakan keagamaan bukan Islam.
  • “Ternyata umat Islam terutama generasi baharu semakin tidak sensitif dengan hal yang boleh merosakkan iman dan akidah mereka.
  • “Ramai yang tidak lagi memelihara batas hukum agama maka ibu bapa, pendidik, pihak berkuasa agama dan pimpinan masyarakat perlu memainkan peranan menjelaskan kepada mereka mengenai hukum haram kepada umat Islam menyertai upacara keagamaan atau ritual agama lain, ” katanya.
  • Wan Salim mengulas mengenai video tular memaparkan sekumpulan individu dipercayai beragama Islam menyertai perarakan keagamaan orang bukan Islam.
  • Masyarakat tidak seharusnya tersalah dalam memahami konsep toleransi beragama yang diharuskan, malah digalakkan dalam Islam.

 

Georgetown: Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor kesal dengan tindakan segelintir masyarakat Islam menyertai perarakan keagamaan orang bukan Islam.

Menurutnya, berkuasa agama negeri hendaklah menjelaskan hukum kepada umat Islam dengan bantuan dan kerjasama seperti jawatankuasa kariah, pegawai masjid, guru takmir dan lain-lain lagi.

“Ternyata umat Islam terutama generasi baharu semakin tidak sensitif dengan hal yang boleh merosakkan iman dan akidah mereka.

“Ramai yang tidak lagi memelihara batas hukum agama maka ibu bapa, pendidik, pihak berkuasa agama dan pimpinan masyarakat perlu memainkan peranan menjelaskan kepada mereka mengenai hukum haram kepada umat Islam menyertai upacara keagamaan atau ritual agama lain, ” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Wan Salim berkata demikian ketika mengulas mengenai video tular memaparkan sekumpulan individu dipercayai beragama Islam termasuk kanak-kanak menyertai perarakan keagamaan orang bukan Islam.

Kejadian itu didakwa berlaku di Pulau Pinang namun setakat ini tiada pengesahan daripada pihak berwajib.

Terdapat video lain pula memaparkan seorang wanita dipercayai Muslim menari di hadapan khemah pada sambutan keagamaan orang bukan Islam.

Mengulas lanjut Wan Salim berkata, masyarakat tidak seharusnya tersalah dalam memahami konsep toleransi beragama yang diharuskan, malah digalakkan dalam Islam.

“Tetapi toleransi berbeza dengan perbuatan menyertai orang bukan Islam melakukan ritual agama mereka dan ia mesti dijelaskan kepada masyarakat Islam dan bukan Islam.

“Toleransi bermaksud rakyat Malaysia hendaklah menghormati kesemua agama yang dianut oleh kaum di negara ini dan masing-masing adalah bebas beramal dengan ajaran agamanya tanpa gangguan mana-mana pihak.

“Toleransi beragama digalakkan di dalam Islam tetapi penyertaan umat Islam dalam upacara keagamaan bukan Islam adalah diharamkan, bahkan dibimbangi boleh merosakkan akidah seorang Muslim,” katanya.

 

SUMBER: Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply