Connect with us

Antarabangsa

Henti guna ubat titis mata ‘EzriCare’ – CDC

CDC sedang memantau rapat ubat jenama EzriCare Artificial Tears selepas ia menjadi jenama paling banyak menerima laporan daripada pengguna.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Henti guna ubat titis mata ‘EzriCare’ – CDC
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) menggesa doktor dan pesakit berhenti menggunakan ubat titis mata selepas dikaitkan dengan 50 kes jangkitan bakteria serta satu kematian di AS.
  • Ubat titis mata itu adalah bebas pengawet dan tidak mempunyai sebarang bahan yang menghalang jangkitan bakteria daripada berlaku.
  • “CDC menyarankan agar semua pengamal perubatan dan pesakit segera menghentikan penggunaan  EzriCare Artificial Tears sehingga siasatan epidemiologi dan analisis makmal selesai,” kata laporan yang dikeluarkan CDC.
  • Ubat mata itu mengandungi bakteria Pseudomonas aeruginosa yang kebal terhadap antibiotik carbapenem serta antibiotik ceftazidime dan cefepime. – Kajian

WASHINGTON – Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) menggesa doktor dan pesakit agar berhenti menggunakan satu jenama ubat titis mata selepas ia dikaitkan dengan 50 kes jangkitan bakteria serta satu kematian di Amerika Syarikat, lapor akhbar New York Post semalam.

CDC sedang memantau rapat ubat jenama EzriCare Artificial Tears selepas ia menjadi jenama paling banyak menerima laporan daripada pengguna.

Ubat titis mata jenama itu adalah bebas pengawet dan tidak mempunyai sebarang bahan yang menghalang jangkitan bakteria daripada berlaku.

“CDC menyarankan agar semua pengamal perubatan dan pesakit segera menghentikan penggunaan  EzriCare Artificial Tears sehingga siasatan epidemiologi dan analisis makmal selesai,” kata laporan yang dikeluarkan CDC.

Berdasarkan ujian yang dijalankan agensi tersebut ke atas botol terbuka EzriCare, ia menemui bakteria Pseudomonas aeruginosa yang kebal terhadap antibiotik carbapenem serta antibiotik ceftazidime dan cefepime.

CDC turut menguji bakteria itu untuk melihat sama ada ia sepadan dengan varian dalam jangkitan yang dilaporkan.

Sementara itu, syarikat EzriCare yang berpangkalan di New Jersey mengeluarkan kenyataan minggu lalu bahawa pihaknya tidak diarahkan untuk menarik balik mana-mana produk ubat titis mata serta tidak menerima sebarang aduan daripada pengguna.

“EzriCare sedia maklum dalam beberapa hari lepas bahawa CDC sedang menjalankan siasatan berterusan berkaitan kejadian buruk melibatkan pelbagai ubat titis mata yang boleh dibeli di farmasi,” demikian menurut kenyataan tersebut.

Tambah kenyataan sama, EzriCare tidak menerima sebarang aduan daripada pengguna atau laporan insiden buruk berkaitan siasatan CDC setakat ini. – Agensi

Sumber: Kosmo

 

 

 

Author

Teruskan Membaca

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply