Connect with us

Antarabangsa

Lebih 25 terbunuh, 140 cedera dalam insiden letupan bom di masjid Peshawar

Sekurang-kurangnya 25 orang terbunuh dan lebih 140 lagi cedera dalam satu insiden letupan di sebuah masjid di bandar Peshawar di barat laut Pakistan, menurut pegawai.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Lebih 25 terbunuh, 140 cedera dalam insiden letupan bom di masjid Peshawar
Foto: Selepas letupan di dalam sebuah masjid di Peshawar.
  • Pegawai polis, Sikandar Khan berkata, letupan oleh pengebom berani mati itu berlaku di masjid semasa sebilangan besar orang berkumpul menunaikan solat.
  • “Sebahagian daripada bangunan itu runtuh dan beberapa orang dipercayai masih berada di bawah runtuhan.
  • “Pengebom itu duduk di saf hadapan solat berjemaah di dalam masjid,” katanya.

PESHAWAR: Sekurang-kurangnya 25 orang terbunuh dan lebih 140 lagi cedera dalam satu insiden letupan di sebuah masjid di bandar Peshawar di barat laut Pakistan, menurut pegawai.

Pegawai polis, Sikandar Khan berkata, letupan oleh pengebom berani mati itu berlaku di masjid ketika sebilangan besar orang berkumpul untuk menunaikan solat.

“Sebahagian daripada bangunan itu runtuh dan beberapa orang dipercayai masih berada di bawah runtuhan.

“Pengebom itu duduk di saf hadapan solat berjemaah di dalam masjid,” jelasnya.

Tiada pihak yang mengaku bertanggungjawab atas pengeboman itu.

Perdana Menteri, Shahbaz Sharif mengecam pengeboman itu dalam satu kenyataan dan mengarahkan pihak berkuasa untuk memastikan rawatan perubatan terbaik kepada mangsa selain akan mengenakan tindakan tegas terhadap dalang serangan itu.-AGENSI

Sumber: Utusan Malaysia

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *