Connect with us

Terkini

Elaun bulanan JPKK, JPKKP akan diselaras – TPM

Kerajaan akan menyelaras elaun bulanan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) dan Jawatankuasa Pembangunan..

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Elaun bulanan JPKK, JPKKP akan diselaras - TPM
Foto: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
  • Kerajaan akan menyelaras elaun bulanan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) dan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) antara negeri-negeri.
  • Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pelarasan itu dibuat sesuai dengan peredaran masa dan beban tugas JPKK dan JPKKP.
  • “Kenaikan elaun akan dipertimbangkan dengan menteri kewangan (MOF).”
  • “Kami di KKDW juga berhasrat untuk mengadakan mesyuarat berjadual bersama exco-exco luar bandar sebanyak tiga kali setahun,” katanya.

PUTRAJAYA: Kerajaan akan menyelaras elaun bulanan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) dan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) antara negeri-negeri.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pelarasan itu dibuat sesuai dengan peredaran masa dan beban tugas JPKK dan JPKKP.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, ketika ini, elaun bagi jawatan itu berbeza mengikut negeri di mana Selangor menerima elaun tertinggi iaitu RM1,500 diikuti Johor RM1,200.

“Kami memang mahu menaikkan elaun mereka, tetapi kena juga memahami situasi dan kedudukan ekonomi negara.

“Bagaimanapun, ia (kenaikan elaun) akan diberi pertimbangan sewajarnya termasuk berbincang dengan Kementerian Kewangan (MOF),” katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Bersama Exco Luar Bandar Negeri di sini, hari ini.

Katanya, setakat ini, jumlah keseluruhan JPKK dan JPKKP di seluruh negara adalah seramai 15,434 orang.

Ahmad Zahid berkata, mesyuarat bagi edisi ke-55 itu banyak memberi tumpuan bagi memperkasa agenda pembangunan luar bandar termasuk melaksanakan projek pembangunan infra luar bandar.

Menurutnya, mesyuarat sama turut membincangkan usaha untuk memperkasa Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) yang ditawarkan institusi pendidikan di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).

“Kami di KKDW juga berhasrat untuk mengadakan mesyuarat berjadual bersama exco-exco luar bandar sebanyak tiga kali setahun,” katanya.

Katanya, mesyuarat sama turut memberi tumpuan untuk memperkasa pembangunan infra serta kemudahan asas di Sabah dan Sarawak sebagai satu usaha terjemahan tangungjawab Kerajaan Perpaduan terhadap Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). – UTUSAN

Sumber: Utusan malaysia

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *