Connect with us

Terkini

43 orang daripada 50 bilionair terkaya di Malaysia kaum Cina

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Menurut Ekonomi Rakyat, kaum Cina mendominasi senarai orang terkaya di Malaysia meskipun dengan populasi hanya 22.2 peratus.
  • Jelasnya, daripada senarai 50 orang terkaya di Malaysia yang dikeluarkan Forbes, bilionair daripada kalangan Bumiputera dan India masing-masing diwakili  enam peratus atau bersamaan tiga orang, manakala etnik lain-lain pula mewakili dua peratus atau seorang individu.
  • “Menurut Forbes, jumlah kekayaan 50 individu terkaya di Malaysia dianggarkan mencecah RM465.2 bilion,” jelas portal itu.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 86 peratus atau seramai 43 orang daripada bilionair di Malaysia terdiri daripada kaum Cina.

Menurut Ekonomi Rakyat, kaum Cina mendominasi senarai orang terkaya di Malaysia meskipun dengan populasi hanya 22.2 peratus.

Menurutnya, daripada senarai 50 orang terkaya di Malaysia yang dikeluarkan Forbes, bilionair daripada kalangan Bumiputera dan India masing-masing diwakili sebanyak enam peratus atau bersamaan dengan tiga orang, manakala etnik lain-lain pula mewakili dua peratus atau seorang individu. 

“Menurut Forbes, jumlah kekayaan 50 individu terkaya di Malaysia dianggarkan mencecah RM465.2 bilion,” jelas portal itu.

Sementara itu, bagi memberikan gambaran yang lebih jelas mengenai betapa besarnya angka RM465.2 bilion tersebut, hantaran tersebut memberitahu bahawa nilai kekayaan 50 individu tersebut didapati hampir menyamai unjuran gabungan Keluaran Dalam Negara Kasar bagi lima buah negeri di Malaysia untuk tahun 2024.

Negeri berkenaan merangkumi Kuala Lumpur sebanyak RM265.8 bilion, Sabah sebanyak RM84.3 bilion, Pahang sebanyak RM68.7 bilion, Terengganu sebanyak RM39.9 bilion dan Perlis sebanyak RM6.5 bilion. 

Selain itu, ambang kemasukan atau had kelayakan untuk seseorang tersenarai dalam senarai ‘50 Terkaya Forbes’ tersebut mencatatkan kenaikan luar biasa dalam tempoh enam tahun. 

Pada tahun 2020, seseorang individu memerlukan aset minimum AS255 juta, namun menjelang tahun 2026, had minimum kekayaan tersebut telah melonjak sebanyak AS167 juta menjadi AS422 juta.

Analisis perbandingan turut menunjukkan wujudnya jurang ekonomi yang sangat melebar antara golongan korporat dan rakyat biasa. 

Jumlah kekayaan 50 bilionair terkaya Malaysia yang bernilai RM465.2 bilion itu juga adalah tiga kali ganda lebih besar berbanding jumlah pendapatan tahunan keseluruhan kumpulan B40 di Malaysia yang dianggarkan berjumlah RM150.1 bilion. – The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author