Parlimen Iran meluluskan satu rang undang-undang kontroversi yang akan meningkatkan tempoh penjara dan denda bagi wanita dan gadis yang melanggar kod berpakaian yang ketat negara itu.
Pemimpin Islam yang berucap di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam mengecam Barat berhubung insiden membakar al-Quran, menyifatkan tindakan dilindungi di bawah kebebasan bersuara itu sebagai diskriminasi.
Dua tentera Syria terbunuh dalam serangan udara rejim Israel pada Rabu lalu, lapor media kerajaan.
Dua wartawan wanita Iran dipenjara 30 hari atas tuduhan konspirasi dan subahat selepas hukuman penjara asal yang ditangguhkan selama tiga tahun.
Pemimpin-pemimpin BRICS mengumumkan penyertaan "bersejarah" enam negara baharu, ketika blok itu berusaha membentuk semula orde dunia yang diterajui Barat dan mengembangkan pengaruhnya dalam era persaingan strategik.
Malaysia dan Iran sepakat untuk meningkatkan hubungan dua hala dua negara khususnya dalam bidang ekonomi, pendidikan, keterjaminan makanan, sains dan teknologi serta menerokai potensi kerjasama baharu.
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh selepas dua lelaki bersenjata menyerang masjid Shah Cheragh di Shiraz, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) memetik media Iran pada Ahad.
Ahli Parlimen Iran mengundi untuk mengkaji semula undang-undang hijab kontroversi secara tertutup.
Seorang pegawai pendidikan mendakwa universiti di Afghanistan bersedia untuk mengambil semula pelajar wanita bagi membolehkan golongan itu menyambung pengajian di peringkat tinggi.
Lima lelaki dihukum gantung, hari ini, selepas disabitkan kesalahan merogol seorang wanita secara berkumpulan di barat laut negara itu, tahun lalu.